Polis siasat dua kanak-kanak keluar 'sunroof', duduk atas MPV sedang bergerak

LocalFamily & Parenting
3 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat dua kanak-kanak keluar 'sunroof', duduk atas MPV sedang bergerak
Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai berlaku bermula susur keluar Meru ke Jalan Jelapang-Simpang Pulai, bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan.

IPOH - Polis sedang menyiasat kejadian dua kanak-kanak duduk di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, setakat ini tiada laporan diterima mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan.

“Kita akan kenal pasti. Kalau betul kanak-kanak, kita akan siasat bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu tular sebuah video yang memaparkan dua kanak-kanak perempuan duduk di atas sebuah MPV mewah jenis Toyota Alphard.

Kanak-kanak tersebut dipercayai naik melalui 'sunroof' (bumbung tembus cahaya) dalam keadaan kereta sedang bergerak di jalan raya.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai berlaku bermula susur keluar Meru ke Jalan Jelapang-Simpang Pulai, bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Rakaman tersebut mendapat kecaman daripada netizen kerana ia boleh membahayakan kanak-kanak berkenaan. - Awani

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved