Polis siasat Himpunan Merah, penganjur bakal dipanggil

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat Himpunan Merah, penganjur bakal dipanggil
Polis membuka siasatan berhubung cubaan penganjuran Himpunan Merah yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini susulan tindakan perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi.

KANGAR - Polis membuka siasatan berhubung cubaan penganjuran Himpunan Merah yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini susulan tindakan perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi di sini.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zaihairul Idrus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan cubaan penganjuran himpunan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak penganjur akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Pihak berkaitan boleh menggunakan saluran undang-undang untuk mengutarakan sebarang tuntutan dengan cara yang sah,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media berkenaan Pemuda UMNO Bahagian Kangar yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada malam Sabtu berkenaan cubaan penganjuran himpunan yang dikaitkan dengan aktivis masyarakat, Arun Doraisamy dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Ketua Pemuda UMNO Perlis, Saiful Fariddil Jasmi berkata, pihaknya memandang serius penganjuran himpunan berkenaan kerana didakwa berpotensi mencetuskan provokasi dan ketegangan awam.

Dalam pada itu, Zaihairul menasihatkan orang ramai agar tidak memainkan isu agama atau sentimen membabitkan institusi raja, agama dan kaum (3R) yang boleh memecahbelahkan keamanan dikecapi selama ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved