Polis Singapura siasat kes warga emas diserang usap kepala kanak-kanak

17 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis Singapura siasat kes warga emas diserang usap kepala kanak-kanak

SINGAPURA: Polis Singapura sedang menyiasat kes seorang lelaki warga emas diserang selepas dia mengusap kepala seorang kanak-kanak perempuan di sebuah medan selera di kawasan East Coast.

Seorang lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak itu, yang kelihatan berang selepas kejadian tersebut, didakwa menjatuhkan warga emas berusia 73 tahun itu ke lantai.

Rakaman kamera keselamatan kejadian pada Sabtu tular di media sosial sepanjang hujung minggu, mencetuskan kemarahan ramai terhadap tindakan lelaki berkenaan.

Dalam kenyataan pada malam Ahad, polis berkata, mereka sudah mengenal pasti seorang lelaki berusia 40 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.

Polis turut menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian atau keadaannya dan membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan serta menentukan fakta kes.

Rakaman video kejadian menunjukkan lelaki warga emas itu mengusap kepala kanak-kanak berkenaan ketika dia berjalan melepasi meja kanak-kanak itu di sebuah medan selera dalam pusat beli-belah.

Seorang wanita yang duduk di meja sama, dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan, segera menghalang tindakan itu. Seorang lagi lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak tersebut kemudian kembali ke meja dan berdepan dengan warga emas berkenaan.

Selepas pertengkaran yang kelihatan tegang, lelaki itu dilihat memegang lengan warga emas berkenaan sebelum menjatuhkannya ke lantai.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang pengguna bernama Bei-ing Wanton Noodle berkata, warga emas berkenaan ialah bapanya dan memohon maklumat mengenai identiti lelaki yang didakwa menolak bapanya hingga terjatuh ke lantai.

Pengguna Facebook itu berkata, walaupun lelaki berkenaan kemudian memohon maaf dan menawarkan minuman, bapanya kini mengalami sakit belakang yang teruk susulan kejadian tersebut.-AGENSI

The post Polis Singapura siasat kes warga emas diserang usap kepala kanak-kanak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved