Polis tahan buruh disyaki dera isteri, empat anak

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 6:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan buruh disyaki dera isteri, empat anak

Seorang buruh ditahan polis selepas disyaki memukul dan mengurung isteri serta empat anaknya di Kuala Nerus.

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang buruh disyaki mendera isteri dan empat anaknya di Kuala Nerus dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada mangsa berusia 30-an yang memaklumkan dipukul dan dikurung oleh suami di kediaman mereka, petang semalam.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak digerakkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati wanita berkenaan berada di dalam rumah bersama-sama empat anak lelakinya dengan kesemua pintu dikunci menggunakan mangga. 

“Polis bertindak memotong kunci dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan, selain mengadu sakit di kepala serta lutut kiri.

“Mangsa dan anak-anak dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ekspedisi Kayak Merdeka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di Pulau Warisan di sini hari ini.

Azli berkata suspek berusia 36 tahun ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Gong Badak kira-kira 3 petang semalam dan siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada cemburu.

“Hasil ujian air kencing suspek positif selain mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan curi.

“Dia juga mengaku memukul isteri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved