Wanita bersama empat anak diselamatkan selepas didakwa dikurung suami

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2026 • 2:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita bersama empat anak diselamatkan selepas didakwa dikurung suami

KUALA NERUS: Seorang wanita bersama empat anaknya diselamatkan polis selepas didakwa dikurung dan dipukul suaminya di sebuah rumah di Gong Badak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi mendapatkan bantuan selepas didakwa didera dan dikurung di dalam rumah berkenaan.

Katanya, susulan panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak digerakkan ke lokasi dan mendapati mangsa bersama empat anaknya berada di dalam rumah yang pintunya dikunci menggunakan mangga.

“Polis kemudian memotong mangga bagi membuka pintu rumah sebelum membawa wanita terbabit bersama empat anaknya ke balai untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan selain mengadu sakit di kepala dan lutut kiri,” katanya di sini.

Azli berkata, polis menahan suami mangsa, seorang lelaki berusia 36 tahun kira-kira pukul 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu suspek terhadap isterinya. Semakan juga mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berkaitan perkara sama dan kejadian kali ini merupakan laporan ketiga,” katanya.

Azli berkata, pemeriksaan ke atas suspek tidak menemukan sebarang barang salah manakala ujian air kencingnya juga didapati negatif.

Bagaimanapun, katanya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah. – UTUSAN

 

The post Wanita bersama empat anak diselamatkan selepas didakwa dikurung suami appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved