Polis tahan dua lelaki disyaki pecah masuk klinik di Seremban

12 Aug 2026 • 6:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan dua lelaki disyaki pecah masuk klinik di Seremban

Polis tahan dua lelaki umur 20-an di Kajang disyaki pecah masuk klinik di Seremban Ogos 2 pada 3; wang tunai dan barangan turut hilang dalam kejadian.

SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah klinik di Seremban 2 di sini, pada 3 Ogos.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sekitar Kajang, Selangor, semalam.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pembantu klinik, yang mendapati premis berkenaan dipecah masuk dan berselerak, sebelum pemeriksaan mendapati beberapa barangan serta wang tunai hilang.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memasuki premis kira-kira 4 pagi, dengan cara mengumpil pintu belakang klinik.

“Polis turut merampas beberapa helai pakaian, telefon bimbit, sebuah beg dan sebuah kereta Toyota Vios berwarna merah, yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yatim berkata kedua-dua lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pecah masuk klinik tersebut, dengan seorang berperanan memecah masuk premis manakala rakannya menjadi pemandu, selain dipercayai mempunyai kaitan beberapa kes pecah masuk lain di sekitar Seremban dan kawasan berdekatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved