Lelaki terjun sungai lari pemeriksaan polis dikhuatiri lemas

12 Aug 2026 • 10:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki terjun sungai lari pemeriksaan polis dikhuatiri lemas

BESUT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dia nekad terjun ke dalam Sungai Besut berhampiran Kampung Gong Mak Som di sini hari ini.

Dia yang masih belum diketahui identiti dipercayai terjun ke dalam sungai berkenaan bagi mengelak serbuan sepasukan polis di lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, sebelum kejadian, sebuah bangsal terletak di tebing Sungai Besut tersebut telah diserbu kerana disyaki digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pasukan polis telah bertindak nekad terjun ke dalam sungai.

“Dia kemudiannya tenggelam ke dalam sungai dan gagal dikesan sehingga kini,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, pemeriksaan di dalam bangsal yang diserbu itu berjaya menemukan sejumlah pil disyaki dadah.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari lelaki berkenaan sedang digerakkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Identiti lelaki yang terjun ke dalam sungai terbabit sedang dikenalpasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki terjun sungai lari pemeriksaan polis dikhuatiri lemas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved