[VIDEO] Sudah kena hon masih tunjuk lagak ‘Superman’

20 Oct 2026 • 5:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Sudah kena hon masih tunjuk lagak ‘Superman’

PETALING JAYA – Sudah ditegur dengan hon, namun masih berdegil.

Itulah gelagat sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya ala ‘Superman’ di Lebuh Raya Pantai Timur 1 berdekatan susur keluar Temerloh sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial dikongsikan pengguna Threads @mikail.maely, kumpulan penunggang motosikal itu dilihat meniarap di atas motosikal masing-masing sambil meluruskan kaki ke belakang ketika bergerak di lebuh raya.

“Benda paling aku tak suka kalau atas lebuh raya jumpa rempit macam ini, puak ini la akan menyusahkan orang nanti, dia rasa dia gempak ke? Nak rempit beli motor cc besar…macam itu tak seronok,” perli @mikail.maely.

Rakaman turut memaparkan mereka menunggang secara beriringan sehingga menutupi lorong kenderaan lain dan menyukarkan pengguna jalan raya untuk meneruskan perjalanan.

Beberapa pemandu yang berdepan situasi itu dilihat membunyikan hon sebagai tanda amaran dan teguran terhadap tindakan berbahaya berkenaan.

Perkongsian pengguna tersebut juga menerima pelbagai komen daripada orang ramai dan rata-ratanya mengecam tindakan kumpulan penunggang terbabit.

“Apa jadi kalau langgar dari tepi jatuh ramai-ramai tak?,” soal @youkeykids.

“Aplikasi MyJPJ kan ada. Muat naik dan lapor je dalam tu. Benda mudah pun nak ajar ke?,” pesan Suhaimi.

“Lebuh raya bukan tempat nak jadi ‘Superman’. Kalau jatuh, bukan diri sendiri je yang berisiko, malah boleh libatkan nyawa orang lain yang tak bersalah. Jangan sebab nak tunjuk hebat, orang lain pula jadi mangsa. Berani biar bertempat, keselamatan jangan dibuat taruhan,” kata Nurhishamangabdullah.

“Kalau bersepah ini aku turun dan aku rekod setiap seorang kemudian aku gerak,” kata @lifeoffad. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Sudah kena hon masih tunjuk lagak ‘Superman’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved