Lari ‘wanted’ kes jenayah, lelaki Singapura diculik kenalan sendiri

12 Aug 2026 • 5:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lari ‘wanted’ kes jenayah, lelaki Singapura diculik kenalan sendiri

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Singapura yang lari ke Johor mendapatkan perlindungan melalui mimpi ngeri apabila diculik kenalan sendiri sebelum keluarganya diminta membayar wang tebusan SGD80,000 (RM255,430.96).

Lebih malang, lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai dikehendaki Pasukan Polis Singapura itu turut melihat teman wanitanya, 28, menjadi mangsa penculikan selepas kedua-duanya dikurung oleh kumpulan berkenaan.

Mangsa sebelum itu memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan sejak Mei lalu dengan niat melarikan diri daripada kesalahan jenayah di negaranya sebelum mendapatkan perlindungan daripada kenalan di Johor Bahru.

Namun, kepercayaan terhadap kenalan itu akhirnya memakan diri apabila mangsa bukan sahaja diculik, malah wang tunai miliknya berjumlah SGD12,000 (RM38,324.30) dan RM41,400 turut dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek kemudian dipercayai bertindak lebih jauh dengan menghubungi keluarga mangsa dan menuntut wang tebusan SGD80,000 (RM255,430.96) sebagai syarat pembebasan kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun, rancangan kumpulan berkenaan untuk menikmati wang tebusan itu tidak kesampaian apabila polis Johor bertindak pantas dan berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa dalam tempoh kurang 48 jam.

“Pasukan khas JSJ Bukit Aman bersama JSJ Johor ditubuhkan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10 Ogos lalu.

“Hasil risikan membawa kepada serbuan di sebuah pasar raya di kawasan Nusa Bestari, Iskandar Puteri kira-kira pukul 6 petang semalam ketika urusan pembayaran wang tebusan sedang dijalankan.

“Serbuan itu membolehkan kedua-dua mangsa warga Singapura diselamatkan, manakala seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan ketika dipercayai terlibat dalam urusan pembayaran wang tebusan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post Lari ‘wanted’ kes jenayah, lelaki Singapura diculik kenalan sendiri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved