
Polis Terima Laporan Kehilangan Tiga Beranak
ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang tular di media sosial pada hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata laporan dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang bimbang dengan keselamatan tiga beranak itu.
Mereka ialah Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, dan suami Khairul Azhar Ahmad, 39, serta anak lelaki mereka.
Lelaki Mabuk Bantu Polis Cari Orang Hilang, Tak Sedar Rupanya Yang Hilang Itu Dirinya Sendiri
(Video) Ditemui Selepas 6 Hari Hilang Di Gunung, Remaja Kata Hanya Hilang Beberapa Jam & Ada Nenek Bagi Makan
“Siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah mendapati mereka ada pulang ke rumah dengan menaiki kereta pada 1.12 pagi semalam sebelum keluar semula pada 2.20 pagi hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, video ahli keluarga tiga beranak itu meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui keberadaan mereka tular di media sosial.
Bapa kepada Siti Zulaikha memaklumkan membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam, mendakwa tiga beranak itu hilang dan gagal dihubungi dari 20 Julai selain guru memberitahu cucunya tidak hadir ke sekolah.






