Prestasi bekalan elektrik Lahad Datu, Kinabatangan dan Kunak memberangsangkan

LocalTechnology
5 Sep 2024 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Pencapaian pembekalan tenaga elektrik di Zon Tenggara Sabah menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan catatan dua digit dalam Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (Saidi).

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, zon itu yang merangkumi Lahad Datu, Kota Kinabatangan dan Semporna menunjukkan penurunan kadar gangguan yang ketara dalam tempoh tiga tahun.

“Lahad Datu mencatatkan Saidi sebanyak 42.77 minit per pelanggan per tahun pada tahun ini, berbanding 106.77 pada 2022 dan 104.51 pada 2023.

“Malah beberapa kawasan seperti Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) merekodkan Saidi satu digit iaitu di bawah 10 minit per pelanggan per tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sempena siri lawatan kerja beliau selama empat hari ke SESB Zon Tenggara dan Selatan.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurut Madius, kadar Saidi pembekalan elektrik di Kota Kinabatangan pada tahun ini adalah 53.23 minit per pelanggan per tahun, iaitu peningkatan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya.

“Pada 2022 dan 2023, Saidi di daerah itu masing-masing adalah 94.15 dan 169.75 minit per pelanggan per tahun.

“Kunak juga merekodkan pengurangan drastik gangguan elektrik dengan kadar Saidi 30.17 minit per pelanggan per tahun.

“Pada 2022, daerah ini merekodkan 66.57 dan 75.78 minit pada tahun lalu,” katanya.

Madius berkata, prestasi ketiga-tiga daerah di Zon Tenggara itu hampir sama dengan kadar pembekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia yang turut mencatatkan hanya dua digit Saidi iaitu 46.10 minit per pelanggan per tahun pada 2023 dan 45.06 pada 2022.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua kakitangan SESB di Zon Tenggara atas pencapaian ini.

“Sudah tentu pencapaian ini tidak datang dengan mudah melainkan atas usaha dan kerja keras siang dan malam,” katanya.

Dalam pada itu, Madius memaklumkan bahawa antara punca yang menyebabkan bekalan elektrik terputus adalah sambungan haram, yang menyebabkan kerosakan akibat lebihan beban pada konduktor dan fius pada kotak fius agihan pada pencawang elektrik, serta gangguan tumbuh-tumbuhan kepada kabel-kabel yang belum bersalut.

“Di Zon Tenggara, 60 peratus daripada Saidi disebabkan oleh kegiatan mencuri elektrik.

“Saya sendiri meninjau sebuah perumahan setinggan iaitu Kampung Puyut, Lahad Datu dan seterusnya membuat laporan polis untuk mereka menyiasat dan mengenal pasti siapakah penjenayah tersebut.

“Kita berharap tindakan segera akan diambil pihak berkuasa untuk membuat siasatan, menangkap dan mendakwa semua yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini,” tambah Madius.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.