PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 6:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (26 Jun) berkata pertembungan beberapa penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah lumrah dalam amalan demokrasi di Malaysia.

Pun begitu, beliau yang juga Pengerusi parti Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak terlibat supaya berkempen dengan sopan dan menjaga akhlak sepanjang PRN ke-16 ini dijalankan.

“Tiga ke enam (penjuru) itu lumrah dalam amalan demokrasi. Cuma biarlah kempen itu sopan, jaga akhlak dan jangan lupa daratan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil.

Anwar Ingatkan Komponen PH Tunjuk Prestasi Baik Ketika Berkempen

Sementara itu, PMX turut mengambil peluang mengingatkan semua parti komponen PH agar menunjukkan prestasi yang baik ketika berkempen pada PRN Johor kali ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, proses penamaan calon PRN Johor dijadualkan berlangsung bermula 9 hingga 10 pagi esok (27 Jun) di 56 pusat penamaan calon (PPC) yang telah ditetapkan, sebelum pengumuman rasmi calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Jangan Sikap Sombong Dengan Masyarakat – Anwar

Anwar dalam masa sama mengingatkan wakil PH agar tidak bersikap sombong dan menyantuni rakyat Malaysia.

Jangan tunjuk sombong, jangan tolak orang itu, bekerjasamalah. Ambillah sikap yang sederhana, cuba layani, santuni sebanyak mungkin masyarakat kita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Senarai Calon Barisan Nasional, Pakatan Harapan & Perikatan Nasional

7 Julai Tarikh Pengundian Awal, 11 Hari Undi Umum

Sekadar info, setakat ini tiga gabungan parti politik di Malaysia iaitu PH, Barisan Nasional (BM) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka bertembung di 33 kerusi.

BN dan PH mempertaruhkan calon-calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN menerusi parti komponennya iaitu PAS, Parti Pribumi Malaysia (BERSATU), PEJUANG dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) di 33 kerusi.

Antara kerusi panas yang menjadi tumpuan adalah Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Kepong.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh 7 Julai bagi hari pengundian awal, manakala 11 Julai sebagai hari mengundi untuk PRN Johor.

Setakat ini, sebanyak 593 borang pencalonan bagi PRN Johor dilaporkan terjual, namun hanya 133 bakal calon mengesahkan penyertaan mereka dengan menjelaskan bayaran deposit.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor & N9 Bakal Berlangsung Tidak Lama Lagi, Ini Info Penting Pengundi Perlu Tahu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved