PRN Johor: PN mahu bertanding 56 kerusi DUN

LocalPolitics
4 May 2026 • 5:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sahruddin (dua dari kanan) ketika sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, pada Isnin.

ISKANDAR PUTERI – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketua Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, PN Johor sudah bersedia menghadapi PRN Johor pada bila-bila masa.

"PN akan bertanding di semua kerusi DUN (dalam PRN Johor). Senarai nama calon-calon akan diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan peringkat Pusat," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu berkata demikian dalam sidang akhbar semasa sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pada masa sama PN tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRN Johor.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi PN Johor itu berkata, tumpuan ketika ini adalah pelantikan baharu jawatan tersebut yang sehingga kini masih kosong.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menghantar satu surat mengandungi satu nama bagi pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada kepimpinan tertinggi PN.

“Surat tersebut sudah dihantar lebih sebulan dan masih belum ada jawapan. Tetapi hingga hari ini masih belum dinamakan lagi, jadi kita tunggu," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved