Wanita paling ramai terima GeRAK

LocalBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 3:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita paling ramai terima GeRAK
Salbiah menjawab soalan Muhammad Faisal (PN-Trong) dalam Sidang DUN Perak pada Selasa.
Image from: Wanita paling ramai terima GeRAK

IPOH - Golongan wanita muncul sebagai penerima terbesar Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK) yang menawarkan geran padanan sehingga RM5,000.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, berdasarkan rekod tahun 2025, seramai 505 penerima atau 60.84 peratus daripada keseluruhan penerima inisiatif tersebut terdiri daripada wanita.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan golongan wanita bukan sahaja menjadi penerima utama, malah berupaya memanfaatkan bantuan yang disediakan bagi memperkukuh perniagaan masing-masing.

“Peratusan ini jelas menunjukkan wanita memainkan peranan penting dalam sektor keusahawanan dan mampu mengembangkan aktiviti ekonomi mereka dengan sokongan yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

**media[3498870]**

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha memperkasa golongan usahawan diperkukuh menerusi pelaksanaan Geran Usahawan Perak Sejahtera PLUS (GeRAK+) yang memberi penekanan kepada pengembangan perniagaan ke tahap lebih mampan dan kompetitif.

Katanya, pendekatan geran padanan itu turut menggalakkan komitmen bersama dalam kalangan usahawan untuk terus berkembang dan meningkatkan prestasi perniagaan.

“GeRAK+ dilaksanakan susulan kejayaan GeRAK sebelum ini yang menyediakan geran sekali bayar sehingga RM2,000 bagi membantu meningkatkan kapasiti operasi dan produktiviti usahawan mikro,” jelasnya.