PRN Melaka: 14 November hari mengundi, 31 Oktober penamaan calon

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 1:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: 14 November hari mengundi, 31 Oktober penamaan calon

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Oktober manakala pengundian awal pada 10 November.

Menurutnya, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 31 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 13 November.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRU DUN Melaka Ke-16 di sini hari ini.

Ramlan berkata, permohonan undi pos bagi pilihan raya berkenaan telah dibuka sejak 23 September lalu.

“Tarikh tutup permohonan undi pos adalah pada 28 Oktober bagi kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, tentera serta petugas media.

“Bagi kategori 1B membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan kategori 1C bagi agensi atau organisasi, tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 23 Oktober,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post PRN Melaka: 14 November hari mengundi, 31 Oktober penamaan calon appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved