PRN Melaka: Ahmad Zahid beri kuasa penuh kepada Ab Rauf untuk rundingan kerjasama

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Ahmad Zahid beri kuasa penuh kepada Ab Rauf untuk rundingan kerjasama
Ahmad Zahid menyampaikan amanatnya pada majlis pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) di Kampung Air Banun pada Isnin. Foto Bernama

GERIK - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diberikan kuasa penuh untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan perkara itu turut berharap rundingan tersebut tidak berlangsung dalam situasi rumit.

"Perbincangan yang selalunya rumit adalah mengenai pembahagian kerusi. Bincang baik-baik, tidak ada masalah yang tidak boleh dirungkaikan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026-2035 di Kampung Air Banun, di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan yang dibuat dalam perbincangan itu akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO sebelum dibawa kepada Dewan Tertinggi BN untuk dimuktamadkan.

Semalam, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, PH menyambut baik keterbukaan BN berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Melaka akan datang, dan menyifatkannya sebagai peluang yang wajar diteliti.

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga berkata, PN terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Pada Sabtu, Ahmad Zahid berkata, gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan, malah pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka, asalkan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi parti masing-masing. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved