PRN Melaka: MCMC diarah pastikan kemudahan internet di pusat mengundi lancar

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 1:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: MCMC diarah pastikan kemudahan internet di pusat mengundi lancar

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keperluan kemudahan internet di semua pusat mengundi di Melaka diuruskan segera.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu sebagai persiapan awal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan kelak.

“Walaupun tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta tarikh kempen belum diketahui, persiapan teknikal khususnya membabitkan liputan internet perlu disiapkan lebih awal.

“Kita mahu memastikan setiap pusat mengundi mempunyai capaian internet yang memuaskan bagi kelancaran proses pengundian serta urusan liputan media,” katanya semasa sidang akhbar selepas Program Ekspresi Jalur Gemilang Japen@Petronas di Stesen Petronas NPE Pantai Dalam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, model penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang telah dilaksanakan di Johor dan Negeri Sembilan akan turut diguna pakai di Melaka.

“MCMC di Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini telah berjaya memastikan hampir setiap pusat mengundi mendapat capaian internet yang memuaskan.

“Walaupun mungkin tidak merangkumi kesemua syarikat telekomunikasi di sesetengah lokasi namun ia cukup memuaskan untuk hampir kesemua penyedia perkhidmatan. Kita akan lakukan perkara yang sama di Melaka,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan kementeriannya untuk membuat persediaan awal bagi mengenalpasti lokasi yang sesuai sebagai pusat media khas untuk memudahkan pengamal media bertugas sepanjang tempoh pilihan raya nanti. –UTUSAN

The post PRN Melaka: MCMC diarah pastikan kemudahan internet di pusat mengundi lancar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved