PRN Melaka: Saifuddin akan bertemu Ab Rauf bincang kerjasama

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Saifuddin akan bertemu Ab Rauf bincang kerjasama
Saifuddin Nasution (kiri) bersama Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil (kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban (tiga dari kiri) dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (tiga dari kanan) di Kompleks Setia Perkasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA -  Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertemu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden PKR itu yang kini melaksanakan tugas-tugas Timbalan Presiden parti berkenaan berkata, perbincangan itu berkemungkinan berlaku selepas Ab Rauf pulang ke tanah air daripada lawatan kerja di New Zealand.

"Kalau ke Melaka saya mesti singgah rumah dia, makan asam pedas Mak Leha dengan dia. Jadi kami sentiasa berhubung.

"Dalam berhubung itu kami bincang pelbagai perkara. Oleh kerana Melaka sudah dekat pilihan raya, kemungkinan kita akan membuka tajuk itu," katanya selepas majlis pertukaran Memorandum Persefahaman antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) di sini pada Selasa.

Pada 8 Ogos lepas, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu masih membuka ruang perundingan berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Melaka termasuk pertukaran kawasan, asalkan ia dibuat dengan jujur dan ikhlas.

Beliau berkata, prinsip asas perundingan itu menetapkan kerusi yang telah dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik.  

Susulan pengumuman itu, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keterbukaan berkenaan wajar disantuni demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya terhadap negara.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved