PRN Melaka: “Sokongan Bertambah Dari Hari Ke Hari, Tapi Bimbang Pengundi Tidak Keluar Mengundi” – ‘YB Duyong’

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 8:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PRN Melaka: “Sokongan Bertambah Dari Hari Ke Hari, Tapi Bimbang Pengundi Tidak Keluar Mengundi” – ‘YB Duyong’

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengakui sokongan diterima daripada rakyat meningkat saban hari sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka (PRN) Ke-16 berlangsung selama 14 hari.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga penyandang DUN Duyong masih bimbang sekiranya pengundi dan rakyat Melaka tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi esok (14 November).

Hal ini kerana sesetengah pengundi berkemungkinan menganggap calon pilihan mereka sudah berada dalam kedudukan selamat sehingga menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Pada masa sama, keadaan cuaca termasuk jangkaan hujan pada tengah hari juga dikatakan mampu mempengaruhi jumlah kehadiran pengundi.

“Alhamdulillah, nampak positif. Sokongan bertambah dari hari ke hari dan kita nampak perubahan berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Cuma sekarang ini banyak yang kita risaukan ialah pengundi tidak keluar mengundi. Ada yang mungkin merasakan keadaan sudah selesa dan beranggapan tidak mengapa kalau mereka tidak keluar mengundi,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

‘Ini Peluang 5 Tahun Sekali, Gunakan Peluang Ini Sebagai Pengundi’ – Calon DUN Duyong

Jelasnya, kempen saat akhir turut dimanfaatkan bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan keluar menunaikan hak mereka, tanpa mengira parti pilihan masing-masing.

“Antara kempen yang kita buat adalah suruh orang keluar mengundi. Keluar mengundi dahulu, selepas itu anda buatlah keputusan apa pun.

“Ini peluang lima tahun sekali, gunakan peluang ini. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai warga negara kerana mengundi adalah hak anda sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambah calon DUN Duyong tersebut, pelbagai pendekatan telah dilakukan sepanjang tempoh berkempen. Ini termasuklah:

  • Ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati penduduk
  • Mendengar masalah rakyat
  • Mendapatkan sokongan warga Melaka
  • Mengenal pasti isu setempat seperti banjir, masalah perparitan, keadaan jalan raya dan keperluan kemudahan masyarakat
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved