PRN Negeri Sembilan mungkin tidak berlaku, serah kepada Tuanku Muhriz: Anwar

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 8:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan berdepan kemungkinan besar tidak diadakan susulan ketidaktentuan politik yang semakin meruncing, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan pentadbiran negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan muktamad bergantung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mungkin tidak (PRN diadakan). Ia bergantung… kerana ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu kepada persidangan dewan,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama pengurusan tertinggi Huawei sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei di ibu negara, semalam.

Sementara itu, Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau akan bertemu Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan kemelut tersebut.

Pertemuan itu dijangka menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam sidang media berasingan, Aminuddin menegaskan beliau kekal sebagai Menteri Besar meskipun berdepan penarikan sokongan besar-besaran daripada Adun BN.

“Saya masih Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya dengan nada tegas, sekali gus menolak spekulasi bahawa kedudukannya goyah. - 28 April, 2026

The post PRN Negeri Sembilan mungkin tidak berlaku, serah kepada Tuanku Muhriz: Anwar appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved