PRN NS: PMX Seru Semua Saling Bermaaf-maafan, Kembali Bersahabat

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 3:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PRN NS: PMX Seru Semua Saling Bermaaf-maafan, Kembali Bersahabat

PRN NS: PMX Seru Semua Saling Bermaaf-maafan, Kembali Bersahabat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Negeri Sembilan supaya saling bermaafan dan kembali mengeratkan silaturahim selepas tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN), demi memupuk perpaduan serta keharmonian.

Menerusi satu hantaran video di media sosial hari ini, Anwar berkata suasana berkempen sememangnya menyaksikan pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan, namun tidak mustahil berlaku keterlanjuran kata-kata sepanjang proses tersebut.

Menurut beliau, semua pihak sewajarnya mengambil kesempatan untuk saling memaafkan serta mengukuhkan kembali hubungan sebagai rakyat Malaysia.

"Marilah kita sama-sama mohon maaf satu sama lain, bersahabat semula kerana kita ini bertarung sesama rakyat Malaysia, penghuni Negeri Sembilan," ujarnya.

Anwar berkata, semangat perpaduan perlu terus dipelihara tanpa mengira latar belakang kaum dan agama kerana semua rakyat mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan masa depan negeri.

Baca juga:

Beliau turut menyeru pengundi di Negeri Sembilan supaya menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian.

Katanya, sebagai wakil Pakatan Harapan (PH), beliau memohon pertimbangan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada gabungan itu bagi meneruskan khidmat kepada negeri.

"Kalau cadangan saya yang mewakili Pakatan Harapan, mohon pertimbangan supaya diberikan peluang untuk Pakatan Harapan meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan memberi jaminan kesejahteraan kepada semua rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI," katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik dan kerjasama erat antara kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan penting bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan secara menyeluruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved