Persaingan politik tidak seharusnya jejas hubungan rakyat

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 3:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Persaingan politik tidak seharusnya jejas hubungan rakyat

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak saling bermaafan sekiranya berlaku sebarang keterlanjuran sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, persaingan politik sepanjang kempen tidak seharusnya menjejaskan hubungan sesama rakyat yang hidup bersama sebagai masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

“Pilihan raya Negeri Sembilan bermula dan kita telah lalui waktu kempen serta mengemukakan pelbagai pandangan. Saya percaya dalam proses itu kadang-kadang ada keterlanjuran. 

“Jadi marilah kita sama-sama mohon maaf satu sama lain, bersahabat semula kerana kita ini bertarung dalam kalangan rakan-rakan rakyat Malaysia, penghuni Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Anwar berkata, masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Negeri Sembilan mempunyai tanggungjawab bersama dalam menentukan hala tuju negeri berkenaan.

Oleh itu, beliau memohon pengundi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan pentadbiran negeri bagi menjamin kestabilan serta memacu pertumbuhan.

“Yang mewakili PH mohon pertimbangan supaya diberikan peluang untuk PH meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan memberi jaminan kesejahteraan kepada semua rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Madani,” katanya.

Anwar berkata, beliau turut menyeru rakyat Negeri Sembilan mempertahankan kesinambungan pentadbiran yang disifatkannya telah mencatat pencapaian sepanjang hampir dua penggal.

“Kita mesti terus meluru ke depan dengan pencapaian yang telah kita hamparkan selama hampir dua penggal. Kesinambungan dan kestabilan mesti dipertahankan.

“Ayuh seluruh rakyat pelbagai kaum di Negeri Sembilan kita kekal Harapan,” katanya. –UTUSAN

 

 

The post Persaingan politik tidak seharusnya jejas hubungan rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved