Program Felo Perdana 2026 : Maksud, Tugas & Cara Memohon

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 9:56 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Eksklusif untuk belia Malaysia apabila Program Felo Perdana kini dibuka untuk permohonan yang boleh dipohon menerusi https://myfelo.kbs.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Image from: Program Felo Perdana 2026 : Maksud, Tugas & Cara Memohon

Mengenai Program Felo Perdana

Program Felo Perdana merupakan sebuah program kepimpinan berprestif yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sejak tahun 2013.

Program ini merupakan inisiatif bagi melahirkan pemimpin yang dinamik dan untuk memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat pengalaman bekerja secara langsung bersama Ahli Jemaah Menteri atau KSN.

Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing, mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran negara.

Felo yang dipilih perlu melalui proses pemilihan yang teliti dan mengikuti sesi orientasi yang telah ditetapkan.

Ini bagi tujuan pendedahan terutamanya melibatkan tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.

Peserta felo yang terpilih akan mendapat bimbingan dan menimba pengalaman berkhidmat secara terus daripada ahli Jemaah Menteri dengan nisbah dua orang bagi setiap menteri dan seorang bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Image from: Program Felo Perdana 2026 : Maksud, Tugas & Cara Memohon

Objektif Program Felo Perdana

Objektif program ini diwujudkan adalah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri dalam kalangan graduan dan siswa.
  • Memberikan pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran kerajaan.
  • Menyediakan platform kepada belia Malaysia untuk melibatkan diri secara langsung dalam perancangan dan penggubalan dasar kerajaan.

Tugas Felo Perdana

Tugas utama mereka yang terpilih dalam program ini adalah menyokong tugas Menteri Kabinet atau KSN masing-masing.

Mereka akan bekerja secara terus dengan Ahli Jemaah Menteri atau KSN untuk menimba pengalaman pentadbiran.

Tempoh perkhimdatan mereka bersama Ahli Jemaah Menteri atau KSN adalah selama 4 bulan.

Elaun Bulanan

Felo yang terpilih akan menerima elaun bulanan iaitu:

  • Graduan lepasan universiti: RM2,000.00 seorang 
  • Siswa/ siswi yang masih menuntut di universiti: RM1,000.00 seorang

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti:

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun 2026.
  2. Telah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sama ada di dalam atau di luar negara.
  3. Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
  4. Lulus semua mata pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.00.
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
  6. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. 
  7. Tidak pernah menyertai Program Parlimen Belia Malaysia, Program Felo Perdana atau Program Felo Korporat anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
  8. Bebas daripada sebarang kes salah laku, tidak terlibat dalam apa-apa prosiding mahkamah, serta mempunyai rekod yang bersih dan berintegriti.
  9. Bagi pemohon yang belum bergraduasi hendaklah memuat naik surat pengesahan tamat pengajian yang disahkan oleh pihak universiti.
  10. Salinan sijil-sijil yang dimuat naik hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah mengemukakan permohonan menerusi pautan https://myfelo.kbs.gov.my.

Permohonan mestilah dibuat mulai 10 Mac sehingga 24 April 2026 sahaja.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Felo Perdana?

Program ini merupakan sebuah kepimpinan berprestif yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sejak tahun 2013 untuk memberi peluang kepada anak muda untuk mendapat pengalaman bekerja secara langsung bersama Ahli Jemaah Menteri atau KSN

Berapa lamakah tempoh perkhidmatan mereka?

Mereka akan berkhidmat untuk Ahli Jemaah Menteri atau KSN selama 4 bulan.

Berapakah jumlah elaun yang akan diberikan sepanjang perkhidmatan mereka?

Felo juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM2,000.00 seorang bagi graduan lepasan universiti dan RM1,000.00 seorang bagi siswa/ siswi yang masih menuntut di universiti.

Apakah syarat-syarat permohonan untuk menyertai program ini?

1. Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun 2026.
2. Telah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sama ada di dalam atau di luar negara.
3. Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
Lulus semua mata pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.00.
4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
5. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. 
6. Tidak pernah menyertai Program Parlimen Belia Malaysia, Program Felo Perdana atau Program Felo Korporat anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
7. Bebas daripada sebarang kes salah laku, tidak terlibat dalam apa-apa prosiding mahkamah, serta mempunyai rekod yang bersih dan berintegriti.
8. Bagi pemohon yang belum bergraduasi hendaklah memuat naik surat pengesahan tamat pengajian yang disahkan oleh pihak universiti.
9. Salinan sijil-sijil yang dimuat naik hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Bagaimanakah cara untuk memohon bagi menyertai program ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://myfelo.kbs.gov.my.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Program Felo Perdana, sila layari laman web https://myfelo.kbs.gov.my.

Baca juga: IYF@KBS 2026: Permohonan Dana Antarabangsa Belia KBS

View Original Article