Project Swan Ialah Komputer Riba Lenovo ThinkPad Dengan Konsep Skrin Boleh Gulung Terbaru

TechnologyDigital
11 Aug 2026 • 1:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo telah memperlihatkan dua buah komputer riba dengan konsep paparan skrin yang boleh digulung, iaitu Lenovo ThinkPad Rollable XD dan juga Lenovo Legion Pro Rollable Concept pada awal tahun ini sewaktu acara CES 2026 di Las Vegas.

Image from: Project Swan Ialah Komputer Riba Lenovo ThinkPad Dengan Konsep Skrin Boleh Gulung Terbaru

Terkini, ia dilaporkan bahawa Lenovo akan memperlihatkan sebuah lagi komputer dengan paparan yang boleh digulung, kali ini secara mendatar pula. Komputer riba ini hadir dengan nama Project Swan, yang juga akan hadir berasaskan sebuah komputer riba kelas produktiviti Lenovo ThinkPad.

Image from: Project Swan Ialah Komputer Riba Lenovo ThinkPad Dengan Konsep Skrin Boleh Gulung Terbaru

Butiran seperti saiz paparan dan komponen-komponen yang akan digunakan tidak diketahui lagi, tetapi jika jangkaan beberapa laporan adalah benar, komputer riba Project Swan ini akan diperlihatkan di reruai Lenovo sewaktu acara IFA Berlin 2026 yang akan berlangsung pada minggu pertama September 2026 tidak lama lagi.

Apa yang diketahui buat masa ini ialah komputer riba ini juga akan hadir dengan dua palam USB Type-C (USB-4 ataupun Thunderbolt 4) di bahagian sisi. Paparan dalam keadaan mod biasa juga nampaknya akan hadir dengan nisbah paparan yang lebih tinggi berbanding biasa, tetapi tidak selebar 16:10. Dalam kedudukan gulungan paparan terbuka, nisbah tersebut dilihat sedikit lebih lebar dari biasa.

Sama-sama kita tunggu pengumuman dari Lenovo berkaitan komputer riba Project Swan ini sewaktu acara IFA kelak.

Sumber: Windows Latest

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved