Projek tempat lain, bina tempat lain

8 Oct 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Projek tempat lain, bina tempat lain

BATU PAHAT – Penduduk di Kampung Kenangan Dato Onn di sini, mempersoalkan tindakan pihak pemaju yang membina jambatan baharu di tapak sedia ada dari Jalan Timah 12 ke Jalan Kelabu di sini, sejak Sabtu lalu.

Dakwa mereka, projek ber­kenaan jika diteruskan bukan sahaja membahayakan penduduk kampung serta Taman Bukit Pasir kerana jambatan baharu itu akan dijadikan laluan bagi ken­deraan berat sedangkan keadaan di Kampung Kenangan Dato Onn sempit serta bahaya kepada kenderaan kecil.

Seorang penduduk, Muhammad Nur Ridzuan Khairi Adzhar, 36, berkata, projek sepatutnya adalah pembinaan jambatan baharu dari Jalan Timah Sari ke Jalan Kelabu kira-kira 200 meter daripada Jalan Timah 12.

Katanya, jambatan sedia ada di Jalan Timah 12 dibina sejak lebih puluhan tahun itu masih kukuh dan boleh digunakan penduduk kampung.

“Lebih mengejutkan apabila pembinaan jambatan baharu di tapak jambatan sedia ada di Jalan Timah 12 itu tidak langsung dibincangkan selain tiada mendapat persetujuan daripada ­penduduk.

“Pada papan tanda pembinaan juga tertera nama projek di Jalan Timah Sari ke Jalan Kelabu, namun kami tidak faham kenapa ia dibina di Jalan Timah 12 ke Jalan Kelabu,” katanya di sini semalam.

Menurut Ridzuan, perkara ini sudah dibawa ke perbincangan bersama penduduk dan satu petisyen akan diserahkan kepada semua pihak berkenaan termasuk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam masa terdekat.

“Bukan kami menolak pembangunan, namun ia perlulah ditempat yang betul selain tidak menyusahkan penduduk setempat,” katanya.

The post Projek tempat lain, bina tempat lain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved