Promosikan keunikan budaya Sabah menerusi tarian

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, keunikan tarian yang dimiliki oleh Sabah merupakan kelebihan dan ruang bagi mempromosikan keunikan budaya negeri ini kepada pihak luar dan pelancong.

“Usaha dan program yang menonjolkan keunikan tarian kita, yang sangat pelbagai dan penuh warna-warni, adalah satu usaha murni.

“Misalnya acara malam ini, pelbagai tarian dipersembahkan dan dipertandingkan, dan bila diadakan di lokasi strategik seperti Suria Sabah, ramai pengunjung dan pelancong turut sama meluangkan masa melihat.

“Pendek kata, ini adalah satu acara yang bagus, malam yang indah untuk kita semua yang berada di sini dan untuk kita semua di sini, menikmati serta menghargai seni budaya tempatan, melalui karya tarian,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Akademi Citra Seni Sabah (Aces) 2024 sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di sini, Rabu malam.

Menurut Christina, Kerajaan Negeri melalui kementeriannya akan menyokong penuh segala usaha yang memfokuskan kepada menonjolkan keunikan budaya di Sabah.

Kata Christina, program seumpama itu memberikan hasil positif khasnya dalam membentuk jati diri dan sahsiah diri pelajar.

ACES adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah untuk menarik minat generași muda bagi melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan serta kesenian, khasnya yang berunsurkan patriotik.

Program itu antara lainnya bertujuan untuk mengetengahkan kemampuan serta kemahiran peserta dalam bidang seni dan budaya, agar kebudayaan yang diwarisi dari nenek moyang tidak ditelan zaman.

Program dua harı bermula Selasa itu, yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, disertai oleh 10 finalis.

Johan disandang oleh SM Saint Francis Xavier Keningau, kedua SMK Kolombong Kota Kinabalu dan ketiga SMK Narinang Kota Belud.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.