KUALA LUMPUR: Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditangguh ke 27 Ogos ini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Bera itu sedang mendapatkan rawatan di institut Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani satu prosedur berkait degupan jantung tidak sekata (arrhythmia) pada petang ini.
“Kami sahkan ada pertuduhan telah difailkan terhadap anak guam kami tetapi kami ingin maklumkan mengenai status anak guam kami.
“Semalam semasa ada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk proses rakaman percakapan, beliau memang ada mengalami isu-isu kesihatan dan kemudian dimaklumkan kepada pegawai SPRM. aripada situ, beliau digegaskan ke IJN.
“Apabila dimasukkan ke wad, doktor yang bertugas mengesahkan anak guam kami ada masalah kesihatan, a possible arrhythmia. Pagi ini semasa kami (barisan peguam) dalam perjalanan ke mahkamah, kami diberitahu bahawa beliau (Ismail Sabri) akan menjalani satu prosedur pada pukul 2 petang ini.
“Atas situasi ini, kami memohon satu tarikh singkat bagi membolehkan pertuduhan dibacakan dan pengakuan (tertuduh) direkodkan di mahkamah,”kata peguam itu.
Atas faktor kesihatan itu, mahkamah kemudan membenarkan penangguhan singkat.
“Memandangkan tertuduh ada di IJN, mahkamah benarkan kes ini, bagi pembacaa pertuduhan dan pengambilan pengakuan ditangguhkan ke 27 Ogos ini, pada pukul 9 pagi,” kata hakim.
Terdahulu, petuga-petuga media terpaksa berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan satu lagi menunggu di IJN sejak awal pagi.
Ia selepas terdapat ura-ura bahawa Ismail Sabri mungkin akan didakwa di pusat perubatan berkenaan.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL
The post Prosiding pendakwaan Ismail Sabri tangguh appeared first on Utusan Malaysia.





