
Jenama automotif nasional, PROTON, melakar sejarah tersendiri apabila kilang pengeluarannya di Tanjung Malim berjaya mengeluarkan 23,006 unit kenderaan pada Oktober 2026, sekali gus mencatatkan rekod bulanan tertinggi dalam tempoh 24 tahun didorong oleh peningkatan permintaan domestik dan eksport.
.jpeg)
Selain rekod pengeluaran, prestasi eksport PROTON turut menunjukkan momentum luar biasa. Syarikat berjaya melepasi jumlah eksport sebanyak 10,000 unit dalam tempoh lebih 10 bulan.
Pencapaian ini meletakkan jenama nasional di landasan tepat. Sasaran tahun ini adalah untuk mencatatkan peningkatan jualan luar negara lebih dua kali ganda berbanding 2025.
Peranan Penting Sebagai Hab Pengeluaran Geely
Peluasan pasaran global ini membuktikan daya saing kenderaan buatan Malaysia. Kualiti yang konsisten terus menarik minat pembeli di pelbagai rantau antarabangsa.
Kedudukan ini turut memperkukuh peranan strategik PROTON. Syarikat kini berfungsi sebagai hab pengeluaran kenderaan Geely yang penting di rantau ini.
Penghargaan Khas Kepada Warga Kerja KilangBagi menghargai kejayaan ini, PROTON telah menganjurkan satu majlis penghargaan khas pada 12 November yang menghimpunkan warga kerja dan pihak pengurusan bagi meraikan pencapaian tersebut serta mengiktiraf dedikasi, ketekunan dan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kepada kejayaan ini.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, tahun ini merupakan tahun yang menyaksikan pelbagai pencapaian penting bagi PROTON dalam pelbagai aspek, didorong oleh kejayaan pelancaran model-model baharu yang telah meningkatkan permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa.“Majlis ringkas ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah merealisasikan pencapaian ini, walaupun sumbangan mereka mungkin tidak begitu mendapat perhatian umum berbanding mereka yang bertugas di barisan hadapan."Daripada operator pengeluaran dan jurutera kepada pasukan jaminan kualiti, logistik serta fungsi sokongan, setiap daripada mereka telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pencapaian ini. Kami akan terus mengharapkan sokongan dan komitmen mereka dalam memacu pengembangan PROTON pada masa hadapan,” katanya.




