

PROTON rasmi membuka tempahan bagi varian baharu Proton S70 Lite dan Prime bermula hari ini, 7 September 2026, di semua cawangan sah seluruh negara.
Menggunakan enjin 1.5L NA dengan transmisi CVT, sedan segmen-C terlaris ini ditawarkan pada anggaran harga bawah RM60,000 bagi memberikan pilihan lebih mampu milik.
Proton S70 Varian Baharu Dilancar: Harga Bawah RM60,000!
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa, PROTON S70 sentiasa menawarkan rakyat Malaysia pengalaman pemanduan yang lebih tinggi tarafnya menerusi ruang, keselesaan dan ciri menarik.
"Pengenalan varian baharu ini memperluaskan tawaran tersebut kepada pelanggan yang mencari sedan mampu milik tetapi lengkap dengan ciri-ciri, serta menawarkan ruang kabin yang luas dan pengalaman pemanduan yang selesa.
"Pada masa yang sama, kami memastikan ciri-ciri utama tersedia merentasi rangkaian ini, memberikan pelanggan lebih banyak pilihan tanpa menjejaskan perkara yang penting dalam pemanduan harian,” katanya.
Spesifikasi Enjin 1.5L NA CVT & Pemanduan Lebih Santai

Khusus untuk varian Lite dan Prime, PROTON melengkapkan model ini dengan enjin 1.5L i-GT aspirasi semula jadi (NA) yang digandingkan bersama transmisi CVT. Kombinasi pacuan baharu ini menghasilkan pemanduan yang lebih lancar, senyap, dan santai untuk kegunaan harian.
Walaupun ditawarkan pada harga lebih murah, karekter pemanduan khas PROTON Ride and Handling serta tiga mod pemanduan tetap dikekalkan.
Ada 10 Ciri
Difahamkan, kedua-dua varian, rangkaian PROTON S70 yang diperluaskan ini menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya:
Ruang bahu penumpang belakang.Panel instrumen kemasan lembut.Semua tingkap dengan fungsi Auto Up/Down dan Anti Trap.Brek Parkir Elektrik denganAuto Brake Hold.Remote Engine StartAndroid Auto.Apple CarPlay® tanpa wayar.Rear Side Radar System.Kamera Undur Rear Seat Reminder.Ruang Kabin Luas dan Keselesaan NVH Terbaik

Dua varian baharu ini menawarkan ruang kabin terunggul dalam kelasnya:
Kabin Lebih Luas: Rekabentuk badan yang lebar dan lantai belakang hampir rata membolehkan tiga penumpang duduk selesa.
NVH Lebih Senyap: Peningkatan tahap senyap (NVH) memberikan suasana pemanduan yang halus dan premium.
Kemasan Selesa: Dilengkapi tempat duduk kemasan kulit serta panel instrumen kemasan lembut.
Teknologi Pintar dan Ciri Keselamatan Lengkap

Dari segi ketersambungan dan keselamatan, harga Proton S70 bawah RM60k ini masih sarat dengan teknologi moden:
Ketersambungan: Sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto tanpa wayar, Electric Parking Brake (EPB) dengan Auto Brake Hold, serta Remote Engine Start.
Keselamatan: 6 beg udara, Rear Side Radar System (termasuk Blind Spot Detection & Rear Cross Traffic Alert), serta kamera undur sebagai ciri standard.
Tempahan Kini Dibuka
Tempahan untuk varian Lite dan Prime kini dibuka secara rasmi. Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Disember 2026 layak menerima ganjaran eksklusif tempahan awal.





