PSM pertaruh calon tunggal pada PRN Johor

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PSM pertaruh calon tunggal pada PRN Johor
Arutchelvan (tengah) bersama calon PSM, Amir Syafiq Ameer Soekre, 40, (lima dari kanan) bergambar selepas pengumuman calon PSM bagi DUN Skudai di bilik gerakan PSM, Taman Skudai Baru pada Khamis. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Timbalan Pengerusi PSM, S Arutcelvan berkata, keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.

"Pilihan raya ini mahal dan kebiasaannya hanya parti besar mempunyai sumber mencukupi. Jadi PSM memilih untuk bertanding di kawasan strategik yang boleh memberi impak terbaik kepada parti,” katanya pada sidang media calon PSM sempena PRN Johor di sini pada Khamis.

Beliau berkata, DUN Skudai dipilih kerana ia kawasan bandar yang berdepan pelbagai isu melibatkan golongan pekerja dan perumahan, selain selari dengan agenda PSM membawa suara masyarakat.

Amir Syafiq, 40, yang merupakan Setiausaha PSM Johor dan aktivis hak pekerja mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Teesside University, United Kingdom. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved