Pusat Pameran Tian Siang Premium Auto (MINI) Dibuka Di Ipoh

LocalCars
2 Dec 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Fasiliti baharu itu akan dikendalikan oleh pengedarnya, Tiang Siang Premium Auto. Ia merupakan outlet jenama MINI berstatus 1S bagi syarikat berkenaan dan yang kedua selepas MINI Bangsar, Kuala Lumpur.

Pusat pameran yang seluas 6,500 kaki persegi ini menempatkan operasi perniagaan MINI serta ruang pameran kenderaan yang boleh memuatkan sehingga lima unit kereta pameran.

Dengan 12 kakitangan, ia turut menyediakan ruang santai untuk pelanggan dan beberapa kemudahan lain.

image is not available

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pihaknya teruja untuk merasmikan pusat pameran MINI tersendiri kedua di Malaysia ini.

"Pengembangan ini bukan sahaja menekankan komitmen kami dalam memberikan pengalaman MINI yang unik, tetapi juga mencerminkan keterujaan yang semakin meningkat terhadap jenama ini di Malaysia.

image is not availableimage is not available

"Penambahan kemudahan pengecasan EV baharu di pusat pameran ini turut memperkukuh misi kami untuk membina ekosistem yang menyokong Mobiliti Elektrik di samping memberikan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan.

"Kami menantikan kehadiran para peminat dan penunjung untuk meneroka pelbagai kemungkinan tanpa had yang ditawarkan oleh gaya hidup MINI di pusat pameran terbaru kami di Ipoh," katanya.

Selain itu, Tian Siang Premium Auto (MINI) telah menjalinkan kerjasama dengan Gentari bagi menyediakan kemudahan pengecasan AC dan DC.

Infrastruktur pengecasan baharu ini dilengkapi dengan dua pengecas DC 180 kW dengan kadar pengecasan bermula pada RM1.70 setiap kWh dan dua pengecas AC 22 kW.

image is not available

Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 2,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan penyedia pengecasan EV tempatan yang berkongsi aspirasi yang sama dalam memacu mobiliti elektrik di Malaysia.

Pusat pameran ini terletak di No. 87, Jalan Tunku Abdul Rahman, 30,100 Ipoh, Perak.

image is not available

Tian Siang Premium Auto (MINI) beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu, serta dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw-tiansiang.my/.