

Tian Siang Premium Auto melancarkan Pusat Pameran MINI yang keduanya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Pusat pameran seluas 6,500 kaki persegi ini menempatkan operasi perniagaan MINI serta ruang pameran kenderaan yang boleh memuatkan sehingga lima unit pameran.
Dengan 12 kakitangan, ia turut menyediakan ruang santai untuk pelanggan dan beberapa kemudahan lain.
Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pihaknya teruja untuk merasmikan pusat pameran MINI tersendiri kedua di Malaysia ini.
"Pengembangan ini bukan sahaja menekankan komitmen kami dalam memberikan pengalaman MINI yang unik, tetapi juga mencerminkan keterujaan yang semakin meningkat terhadap jenama ini di Malaysia.
"Penambahan kemudahan pengecasan EV baharu di pusat pameran ini turut memperkukuh misi kami untuk membina ekosistem yang menyokong Mobiliti Elektrik di samping memberikan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan.
"Kami menantikan kehadiran para peminat dan penunjung untuk meneroka pelbagai kemungkinan tanpa had yang ditawarkan oleh gaya hidup MINI di pusat pameran terbaru kami di Ipoh," katanya.
Selain itu, Tian Siang Premium Auto (MINI) telah menjalinkan kerjasama dengan Gentari bagi menyediakan kemudahan pengecasan AC dan DC.
Infrastruktur pengecasan baharu ini dilengkapi dengan dua pengecas DC 180 kW dengan kadar pengecasan bermula pada RM1.70 setiap kWh dan dua pengecas AC 22 kW (Percuma).
Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 2,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan penyedia pengecasan EV tempatan yang berkongsi aspirasi yang sama dalam memacu mobiliti elektrik di Malaysia.
Pusat pameran ini terletak di No. 87, Jalan Tunku Abdul Rahman, 30,100 Ipoh, Perak.
Tian Siang Premium Auto (MINI) beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu, serta dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw-tiansiang.my/.

