
Lucid Motors merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang berpusat di Amerika Syarikat. Ia pada awalnya memfokuskan pembangunan teknologi bateri kenderaan, sebelum hadir dengan kenderaan elektrik mereka tersendiri.
Terbaru, Putera Saudi, Putera Al Waleed Talal Al Saud mengumumkan telah membeli pegangan sebanyak 5% pada syarikat Lucid Motors. Pengambilan ini juga turut mengukuhkan lagi pegangan berpusat di Arab Saudi terhadap syarikat berkenaan. Sebelum ini, PIF Arab Saudi telah sedia mempunyai pegangan hampir 60% pada syarikat kenderaan elektrik tersebut.
Selain Lucid Motors ini, Putera Al Waleed turut mempunyai pegangan dan pelaburan pada Snapchat dan juga Deezer, selain pada Twitter sebelum ini.






