
JAKARTA – Sekumpulan petani di Kediri, wilayah Jawa Timur berdepan detik cemas apabila puting beliung melanda sebuah kawasan sawah padi, lapor laman berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @marcelyno___ menunjukkan pusaran angin gergasi itu bergerak laju di kawasan sawah sehingga mencetuskan ‘puting beliung debu’ mirip dalam filem Hollywood.
Beberapa petani terpaksa menghentikan pekerjaan mereka demi menyelamatkan diri.
Masih belum diketahui sama ada terdapat kerosakan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 123,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Pemerintah nanti kata angin buatan,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Puting beliung debu ‘jengah’ sawah appeared first on Kosmo Online.





