Rahsia Econsave kekalkan harga terendah

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 7:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rahsia Econsave kekalkan harga terendah

PETALING JAYA – Bermula daripada sebuah kedai runcit kecil berdindingkan kayu di Pelabuhan Klang pada tahun 1955, jenama Econsave telah berkembang menjadi antara rangkaian pasar raya utama di Malaysia dengan lebih 110 pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

Selepas lebih 70 tahun, model perniagaan Econsave tidak banyak berubah, dipandu falsafah sama iaitu membantu pelanggan mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang mampu milik.

Pengarah Eksekutif Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd., Lai Sia Ling berkata, dengan pengalaman dan sejarah perjalanan yang panjang, pertumbuhan Econsave hari ini banyak dipacu oleh pemahaman mendalam terhadap keperluan keluarga Malaysia.

“Pengguna mahukan barangan harian pada harga berbaloi, pilihan produk yang luas serta lokasi membeli-belah yang dekat.

Image from: Rahsia Econsave kekalkan harga terendah
Econsave sentiasa memastikan pelanggan memanfaatkan sayur-sayuran segar terus dari ladang.

“Sejak awal penubuhan, Econsave mengekalkan pendekatan perniagaan yang memberi penekanan kepada harga rendah, operasi cekap, dan volum jualan tinggi dengan margin rendah.

“Komitmen ini diterjemahkan menerusi janji jenama ‘Harga Te­rendah Setiap Hari’, yang bermaksud harga kompetitif ditawarkan secara konsisten dan bukan hanya ketika tempoh promosi atau kempen tertentu secara bermusim,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sia Ling menjelaskan, dalam usaha memastikan harga kekal kompetitif, pihak­nya memfokuskan kepada pengurangan kos yang tidak perlu dalam rantaian bekalan, termasuk pembe­lian terus daripada sumber dan kerjasama rapat dengan pengilang serta pembekal.

Bagi kategori tertentu, syarikat mengimport sendiri produk terpi­lih, manakala untuk bara­ngan segar, Econsave memberi tumpuan kepada sumber bekalan terdekat seperti ikan daripada nelayan dan sayur-sayuran daripada kebun petani.

Di tambah strategi pengurusan inventori dan perancangan pembelian, semua pendekatan ini membolehkan syarikat mengurus kos ketika berdepan perubahan harga bahan mentah, kos logistik, tenaga kerja, dan keadaan bekalan global.

“Pada masa sama, kami tidak memiliki program keahlian kerana Econsave percaya penjimatan ­ha­rian perlu mudah difahami dan boleh dinikmati semua, tanpa memerlukan pelanggan mendaftar sebagai ahli, membayar yuran atau mengumpul mata ganjaran.

Image from: Rahsia Econsave kekalkan harga terendah
Econsave memberi tumpuan kepada sumber bekalan terdekat seperti ikan daripada nelayan.

“Setiap pelanggan yang datang ke Econsave wajar mendapat akses kepada harga kompetitif tanpa perlu memenuhi syarat tertentu.

“Pendekatan ini juga memastikan struktur harga kami kekal mudah, telus dan terus kepada nilai,” ujarnya.

Sia Ling menambah, dalam usaha memperluaskan akses pasaran, Econsave turut mengembangkan format pasar raya mini bagi membawa barangan asas, produk segar dan keperluan dapur lebih dekat kepada komuniti.

“Tidak semua orang memiliki akses mudah kepada pasar raya besar. Walaupun dalam format yang lebih kecil, prinsip Econsave tetap sama iaitu menyediakan pilihan yang relevan, harga berbaloi dan pe­ngalaman membeli-belah yang praktikal untuk komuniti sekitar.

“Ini memboleh­kan Econsave ber­kembang lebih de­kat­ dengan pelanggan sambil mengekalkan janji Harga Terendah Setiap Hari,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Rahsia Econsave kekalkan harga terendah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved