“Rakan rapat paling hebat” – Kekasih ‘gelap’ Aliff rupanya kawan baik Anna Jobling?

Entertainment
22 Apr 2024 • 9:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Wanita yang mengaku sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine dilaporkan kawan baik Anna Jobling.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya ramai apabila menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sarah di laman Instagram, dia berkongsi sebuah video bersama aktres terkenal tersebut dengan kapsyen yang menarik perhatian netizen.

Kawan baik Anna Jobling

“Hantaran penghargaan, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya rasa kebahagiaan yang sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat paling hebat,” ujar Sarah sambil berkongsi gambar mesra bersama Anna Jobling.

image is not available

Kawan baik Anna Jobling

image is not available

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila Sarah mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024 telah mengejutkan ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan kronologi hubungannya bersama penyanyi tersebut dengan tujuan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Dalam perkongsian itu juga, dia turut selitkan video mesra bersama Aliff yang memaparkan aksi memeluk tangan dan mencium pipi.

image is not available

image is not available

Jelasnya, dia mula rapat dengan Aliff Aziz apabila penyanyi tersebut sering mengadu masalah rumah tangga yang dialaminya sehingga membuatkan rasa sayang antara mereka.

Terdahulu, Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Sumber: Instagram @sarahyasminekh