“Rakannya minta bantuan” – Ahmad Shah Maut Dit*kam Dalam Pergaduhan Di Korea Selatan, Adik Dedah Kejadian Sebenar

27 Jul 2026 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ahmad shah ditikam di korea selatan

Media Korea Selatan melaporkan seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Wilayah Chungcheong Utara, awal pagi semalam.

Mangsa, Ahmad Shah, 26, dipercayai ditikam seorang lelaki yang juga rakyat Malaysia berusia 40-an dengan sebilah pisau selepas cuba meleraikan pergaduhan di sebuah jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong.

Adik kepada Allahyarham, Ain Sephia memaklumkan kejadian menimpa abangnya itu kira-kira jam 2.40 pagi selepas menghubungi kakak iparnya, Nurcahaya Ruslan yang kemudian memaklumkan Ahmad Shah sudah meninggal dunia.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Ain berkata kakak iparnya memberitahu abangnya sudah tiada dan ketika itu mereka berada di hospital.

“Saya dimaklumkan abang sudah menjalani proses bedah siasat dan isterinya juga sudah memberi keterangan di balai polis pada tengah hari.

“Saya difahamkan semua suspek terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan,” katanya.

Menurut Ain, abang sulungnya itu bekerja di sebuah kilang dan berada di Korea Selatan sejak tujuh tahun lalu serta menetap di negara berkenaan bersama isterinya.

Menurutnya, ketika kejadian kakak iparnya turut berada di lokasi. Abangnya dihubungi seorang rakan yang meminta bantuan kerana berlaku pergaduhan serta dia mahu membantu meleraikan pergaduhan itu.

“Ketika itu abang sedang tidur sebelum dihubungi rakannya yang beritahu ada pergaduhan dan minta bantuan.

“Abang pergi dan kakak ipar juga tergerak hati mahu ikut sekali.

“Tak sangka rupanya ada sekumpulan lelaki dan rakan abang seorang saja ketika itu,” katanya.

Kos pengebumian mahal, keluarga mahu bawa pulang jenazah

Mengulas lanjut, pihak keluarga berharap jenazah Ahmad Shah dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Bandar Tasik Puteri, Rawang kerana kos pengebumian di Korea Selatan lebih mahal termasuk kos sewa tanah.

Difahamkan, anggaran kos bawa pulang jenazah antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk kos lain.

Ain berkata, kali terakhir abangnya pulang ke Malaysia pada 2023 namun setiap hari akan menghubungi ibu mereka dan dijangka pulang pada Disember ini kerana mereka sekeluarga akan menunaikan umrah pada Januari tahun hadapan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun RHB Bank bernombor 16431700083563 atas nama Ain Sephia Fabian (adik) atau akaun Industrial Bank Of Korea (IBK) bernombor 05610528301010 atas nama Nurcahaya Ruslan (isteri).

755870720 1592254009235824 4948892436768368489 n

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved