Rakyat Malaysia Boleh ‘Bercakap’ Dengan Anwar Ibrahim

LocalTechnology
15 Jul 2026 • 6:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rakyat Malaysia selepas ini bakal berpeluang untuk ‘bercakap’ dengan versi digital Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi PMX AI.

Platform itu merupakan avatar digital dikuasakan kecerdasan buatan yang direka untuk meniru gaya komunikasi, nada dan bahasa Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim AI dibangunkan syarikat tempatan

Image from: Rakyat Malaysia Boleh ‘Bercakap’ Dengan Anwar Ibrahim
Kredit Foto: Janaan AI

PMX AI dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan, Zetrix AI Bhd dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat. Sistem itu dilaporkan sudah siap dibangunkan dan sedang menunggu pelancaran rasmi dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Zetrix, TS Wong, avatar ini dikuasakan model pengetahuan peribadi yang sentiasa dikemas kini dengan ucapan serta kenyataan umum terkini Anwar.

Berbeza dengan bot sembang biasa, PMX AI menggunakan rangka kerja agentic AI atau AI berstruktur ejen.

Image from: Rakyat Malaysia Boleh ‘Bercakap’ Dengan Anwar Ibrahim

Sistem ini dikatakan mampu melaksanakan tugasan berbilang langkah dengan campur tangan manusia yang sangat minimum, sambil mengekalkan konteks sepanjang interaksi bersama pengguna.

Ia juga dilatih menggunakan pangkalan data ucapan, kenyataan bertulis dan penjelasan dasar Perdana Menteri.

Boleh bantu urusan kerajaan

Image from: Rakyat Malaysia Boleh ‘Bercakap’ Dengan Anwar Ibrahim
Kredit Foto: FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

PMX AI bukan hanya dibangunkan untuk perbualan santai, tetapi turut disasarkan sebagai pembantu digital interaktif bagi perkhidmatan kerajaan.

Antara fungsi yang dirancang termasuk membantu pengguna menavigasi prosedur birokrasi, memperbaharui lesen memandu, memudahkan bayaran digital dan memberi pengesahan transaksi.

Platform ini juga direka untuk berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, selain mampu memahami dialek setempat, slanga tempatan serta ungkapan harian rakyat Malaysia.

The post Rakyat Malaysia Boleh ‘Bercakap’ Dengan Anwar Ibrahim appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved