Singapura Tahan Lelaki Malaysia Bersama Dadah Bernilai S$361,000 Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

5 Aug 2026 • 11:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Singapura Tahan Lelaki Malaysia Bersama Dadah Bernilai S$361,000 Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Singapura Tahan Lelaki Malaysia Bersama Dadah Bernilai S$361,000 Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA, 5 Ogos (Bernama) -- Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki warga Malaysia kerana disyaki cuba menyeludup dadah, termasuk lebih 8.6 kilogram (kg) ganja dan 1.5 kg syabu, dalam sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dalam satu kenyataan, ICA memaklumkan lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada 1 Ogos selepas pegawai menemukan sebuah kotak di dalam but kereta yang mengandungi dua blok bahan dipercayai dadah terkawal, dianggarkan bernilai lebih S$361,000 (S$1=RM3.19).

Baca juga:

"Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) telah dimaklumkan dengan serta-merta mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas lelaki berkenaan serta kenderaan terlibat, yang membawa kepada penemuan lebih banyak dadah terkawal di dalam but kereta.

"Sejumlah kira-kira 8,646 gram ganja dan 1,569 gram syabu dirampas, yang berpotensi menampung ketagihan kira-kira 2,132 penagih selama seminggu," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Agensi itu turut mengesahkan bahawa di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, mana-mana individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamin atau lebih 500 gram ganja ke atau dari Singapura, boleh berdepan hukuman mati.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved