Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]

LocalCars
20 Nov 2026 • 6:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai pengguna jalan raya pasti tahu kawasan sekolah, hospital atau mahkamah dan sebagainya merupakan kawasan yang tidak dibenarkan untuk membunyikan hon.

Bahkan kawasan sekolah juga antara lokasi di mana para pemandu perlu memperlahankan kenderaan kerana terdapat kanak-kanak yang sedang melintas dan untuk mengelakkan berlaku kemalangan jalan raya namun masih ada yang tidak cakna.

Honda City langgar lampu isyarat merah di kawasan sekolah

Seperti baru-baru ini tular memaparkan tindakan tak bertanggungjawab pemandu sebuah kereta Honda City yang bertindak melanggar lampu isyarat merah di kawasan sekolah.

Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Hafiz di Threads, awalnya kelihatan dia telah memberhentikan kenderaan sewaktu lampu isyarat bertukar merah sewaktu melalui sebuah kawasan dipercayai berdekatan sekolah.

Dalam masa sama, kelihatan seorang pelajar lelaki daripada jalan bertentangan di sebelah kanan kemudian melintas jalan sebaik melihat lampu isyarat bertukar kepada merah.

Hon pelajar sedang melintas

Namun apa yang menjadi perhatian, ketika pelajar itu sedang melintas di laluan garisan kuning secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda City berwarna hitam dipercayai membunyikan hon ke arah kanak-kanak itu.

Bukan hanya itu, kereta tersebut turut melanggar lampu isyarat yang masih lagi berwarna merah.

Turut kongsikan rakaman dashcam dari arah belakang

Dalam satu lagi hantaran, Hafiz turut berkongsi rakaman dashcam dari arah belakang menunjukkan sebelum lampu isyarat berkenaan terdapat bonggol untuk memperlahankan kenderaan.

Namun kereta Honda tersebut langsung tidak memperlahankan kenderaannya dan melanggar lampu isyarat merah.

Menerusi rakaman itu, insiden dipercayai berlaku pada 19 November yang lalu.

View on Threads

Rami berang tindakan Honda City Hon pelajar dan langgar lampu isyarat merah

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berang dengan tindakan kereta Honda tersebut yang melanggar lampu isyarat merah di kawasan sekolah.

Malah ada yang kasihan dengan pelajar berkenaan kerana dia mungkin tertanya-tanya sewaktu dihon oleh kereta terbabit.

Ramai buat laporan terus ke JPJ

Tidak kurang juga ramai yang membuat laporan terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas tindakan kereta Honda City itu.

Di ruangan komen, Hafiz turut memaklumkan insiden itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2).

Malah video terbabit turut mendapat respon Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang meminta pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan.

Beliau turut menyifatkan keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama.

JPJ Malaysia turut memaklumkan pihaknya mengambil maklum berhubung insiden itu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membuat laporan menggunkan saluran rasmi JPJ.

“Zebra crossing ada, bonggol ada , lampu isyarat ada, papan tanda awas ada. Kereta keliling berhenti”

Image from: Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]

“Hello polis Putrajaya, hari tu dah saman yang satu kereta kan, ni lagi satu ya”

Image from: Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]

“Mohon kita semua sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan lebih berhati-hati ketika memandu, khususnya di kawasan sekolah. Keselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama”

Image from: Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]

“Min ambil maklum. Terima kasih banyak yang buat laporan melalui saluran rasmi JPJ”

Image from: Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]

“Sebab tak langgar je. Kalau langgar budak tu baru nak ambil tindakan. Apa pun terima kasih sangat dekat pemilik dashcam kongsi footage macam ni.”

Image from: Ramai Berang Tindakan Kereta Honda Langgar Lampu Merah & Hon Pelajar Sedang Melintas [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved