Ramai Geram Ada Pihak Tabur Paku Di Jalan Raya, Minta Pihak Berkuasa Pasang CCTV [Video]

18 Aug 2026 • 1:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bermula jam 5 pagi, jalan raya sudah mula digunakan oleh orang ramai untuk memulakan perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak sekolah dan banyak lagi.

Namun ada pula yang mengambil kesempatan dengan melakukan kerja yang tidak sepatutnya seperti meletakkan sesuatu yang berbahaya di jalan yang sering digunakan orang awam untuk mendapat keuntungan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan.

Ada pihak tak bertanggungjawab didakwa tabur paku di jalan raya di Cyberjaya

Baru-baru ini seorang pengguna akaun Threads, Ujang telah berkongsi mengenai keadaan jalan di sebuah kawasan di Cyberjaya yang diletakkan paku.

Menerusi hantaran itu kelihatan seorang anggota polis yang berada di garisan chevron berwarna merah putih sedang sibuk mengutip paku yang berada di jalan berkenaan.

Paku ditabur banyak, polis kutip satu per satu dan alihkan

Dalam video tersebut turut kedengaran anggota polis berkenaan memaklumkan jumlah paku yang ditabur atas jalan terbabit pada jumlah yang banyak serta dilihat seperti paku baru.

Kata perakam video yang juga dipercayai anggota polis, sewaktu membuat rondaan pertama paku berkenaan tidak kelihatan.

Insiden berlaku di Cybersouth pada 17 Ogos

Dalam hantaran itu Ujang memaklumkan insiden itu berlaku di Cybersouth, Dengkil, jam 5.30 pagi pada 17 Ogos

“Tengah ronda nampak berkilat atas jalan. Saya dengan Mizi (rakan setugas) pergi lah kutip dan letak tepi jalan. Waktu tu kereta dan motor dah mula banyak nak pergi kerja,” ujarnya.

Ujang turut memberikan amaran kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab untuk tidak berbuat demikian kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.

Tegaskan ia mengenai keselamatan boleh menyebabkan berlaku kemalangan

“Ini bab keselamatan jalan raya. Kalau bocor motor atau kereta orang, lepas tu kemalangan pula, kita semua ada keluarga, ingat tu.”

Malah Ujang turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk memaklumkan kepadanya.

View on Threads

Ramai kecam tindakan pelaku tabur paku di jalan raya

Melihat di ruangan komen, terdapat seorang pengguna Threads mendakwa pernah melihat tindakan tiga individu di kawasan sama sedang menabur paku sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 3 pagi.

Ramai yang mengecam tindakan si pelaku yang menabur paku dan menyifatkan ia perbuatan yang menyusahkan orang lain.

Bukan hanya itu, ada juga pengguna yang meminta agar pihak berkuasa untuk memasang rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mencegah daripada berlaku kes sedemikian.

Malah ada yang mendakwa sekiranya didatangi individu yang mahu memberikan bantuan selepas tayar pancit mungkin itu adalah pelakunya.

Ada juga yang berterima kasih kepada dua anggota polis berkenaan kerana mengutip paku yang telah ditabur demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Jahat betullah yang letak paku macam ni. Buat naya orang je. Terima kasih polisyang kutip paku dan buang paku tu. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja kamu ya”

Image from: Ramai Geram Ada Pihak Tabur Paku Di Jalan Raya, Minta Pihak Berkuasa Pasang CCTV [Video]

“Satu kerja pula polis kena kutip, tak boleh ke polis kesan cap jari dekat paku tu”

Image from: Ramai Geram Ada Pihak Tabur Paku Di Jalan Raya, Minta Pihak Berkuasa Pasang CCTV [Video]

“Mana longkai pertama datang konon nak tolong bila tayar pancit tulah dia pelakunya.”

Image from: Ramai Geram Ada Pihak Tabur Paku Di Jalan Raya, Minta Pihak Berkuasa Pasang CCTV [Video]

“Banyak kali dah ni jadi, sebelum-sebelum ini ada rider yang tolong berhenti kutip, yang dah pancit tayar pun ada.”

Image from: Ramai Geram Ada Pihak Tabur Paku Di Jalan Raya, Minta Pihak Berkuasa Pasang CCTV [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved