Ramai Geram Lihat Lelaki Selamba Masuk Tandas Wanita & Cuba Mengintai [Video]

30 May 2025 • 10:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tandas merupakan antara kemudahan awam yang paling banyak tersedia di Malaysia. Bukan sahaja di pusat beli belah atau surau, malah turut terdapat di stesen minyak.

Jadi, ia tidaklah menjadi satu masalah jika seseorang itu perlu menggunakan tandas bila-bila masa khususnya pada waktu kecemasan.

Namun sejak belakangan ini, penggunaaan tandas awam mencetuskan kebimbangan ramai apabila ada sahaja kisah kurang enak mengenai perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

Lelaki Selamba Masuk Tandas Wanita Di Stesen Minyak, Siap Cuba Mengintai

Semalam (29 Mei), tular di media sosial video perbuatan tidak bermoral seorang lelaki di sebuah stesen minyak yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menerusi video tular yang dikongsikan di Facebook, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam dengan selamba masuk ke tandas wanita.

Apa yang menjadi perhatian adalah kelihatan dia menunduk dan mengintai di bahagian bawah pintu tandas berkenaan.

Tular Dakwaan Staf Sempat Sergah Lelaki & Buat Laporan Polis

Namun, dia dilihat melakukan perbuatan tersebut dalam masa yang singkat dan terus keluar daripada tandas.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, tindakan tidak bermoral lelaki berkenaan sempat dihalang oleh staf stesen minyak itu. Malah, laporan polis juga didakwa telah dibuat.

“Seorang lelaki yang berniat tidak baik didapati memasuki & mengintai tandas wanita di waktu subuh.

“Syukur krew bertugas sempat menempik lelaki berkenaan. Krew stesen sempat berdepan dengan lelaki tersebut dan lelaki tersebut memberi alasan dia baru keluar dari surau selepas solat.

“Report (laporan) polis telah pun dibuat,” tulisnya.

Seorang lelaki yang berniat tidak baik didapati memasuki & mengintai tandas wanita di waktu subuh…

Seorang lelaki yang berniat tidak baik didapati memasuki & mengintai tandas wanita di waktu subuh. Syukur krew bertugas sempat menempik lelaki berkenaan. Krew stesen sempat berdepan dengan lelaki tersebut dan lelaki tersebut memberi alasan dia baru keluar dari surau selepas solat. Repot polis telah pun dibuat… Kredit: petronasbke2

Posted by Wa Fans on Thursday 29 May 2025

Bukan Kejadian Pertama Kali, Dah Beberapa Kali Kantoi

Menerusi tangkap layar tular yang turut dikongsikan, pihak stesen minyak menjelaskan kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali berlaku.

Lelaki itu sebelum ini dipercayai telah beberapa kali cuba masuk ke dalam tandas wanita namun gagal berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, video asal di akaun TikTok stesen minyak berkenaan telahpun dipadam.

@penangkini

Kata staff Petronas BKE Seberang Jaya kat sini dah berapa kali kantoi mamat ni cuba masuk tandas wanita, kelmarin nasib ada sorang staff nampak dan menyergah kelakuan mamat ni. Location: Petronas BKE 2.

♬ original sound – Penang Kini – Penang Kini

image is not available

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Geram Lihat Perbuatan Tidak Bermoral Lelaki

Perkongsian yang telah mendapat lebih 311,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dan mengecam tindakan lelaki berkenaan.

Malah, ada juga yang mempersoal keadaan pintu tandas tersebut yang terbuka dan memudahkan lelaki berkenaan melakukan perbuatan sedemikian.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Lepas Ni Nak Singgah Tandas Memang Kena Minta Siapa-Siapa teman. Risau Ye”

image is not available

“Pintu Tandas Sekarang Ni Kalau Boleh Nak Saiz Crop Top Je, Kenapa La Tak Buat Penuh Sampai Bawah? Kadang Bayang Orang Sebelah Pun Boleh Nampak”

image is not available

“Saya Pernah Kena Macam Ni, Ngam-Ngam Dah Zip Seluar, Kebetulan Paip Air Masih Terpasang, Sempat Juga Siram Air Dekat Orang Tu”

image is not available

“Aduh Tak De Kerja Kau Ni”

image is not available

Source: