
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu masing-masing mempunyai cabaran kehidupannya yang tersendiri. Ada yang diuji dengan kesihatan, ada juga yang diuji dengan kesempitan hidup seperti kekurangan wang ringgit.
Namun, buat mereka yang berhadapan ujian sebegini, ia bukanlah satu halangan malah dianggap sebagai kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian.
Bagi segelintir individu lain pula, kadangkala melihat kehidupan orang lain yang diuji mampu menjadi inspirasi kepada mereka yang melihat.
Warga Emas Tabah Jalani Kehidupan, Besarkan 4 Orang Cucu OKU
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang warga emas dalam menjalani kehidupannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @asnafhunterchannel, pengguna berkenaan telah berkunjung ke kediaman lelaki warga emas di Kelantan.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat warga emas yang bekerja sebagai penjaja barang kraf itu berjalan masuk ke dalam rumahnya sambil membawa tudung saji dan bertongkat.
Apa yang menjadi perhatian, dia dilihat tersenyum menerima tetamu walaupun hidup dalam serba kekurangan.
Difahamkan, warga emas berkenaan menjana pendapatan hasil daripada produk kraf jualannya dan mempunyai empat orang cucu kurang upaya serta isteri yang turut tinggal di rumah tersebut.
“Lawatan ke rumah pak cik penjaja barang kraftangan. Sisa kudrat yang ada gigih mencari rezeki. Di rumah menunggu 4 cucu OKU dan isteri,” tulis pengguna berkenaan menerusi video yang dikongsikan.
Masih Guna Kayu Api Untuk Memasak, Rumah Dalam Keadaan Bersih
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat timbunan kayu api tersusun rapi di luar kediamannya.
Difahamkan, kayu tersebut digunakan olehnya untuk memasak dan menyediakan hidangan menggunakan dapur kayu.
Lebih menarik, suasana serta barang-barang rumah termasuk perkakas dapur juga dilihat berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Bukan itu sahaja, warga emas itu tetap menyantuni tetamu yang datang dengan menyajikan mereka minuman.
“Cara hidup zaman dulu. Sangat sederhana. Hampir tiada di zaman sekarang. Ramah isteri layan kehadiran kami. Sedap juga nikmati teh o aroma asap kayu api,” tulis mereka.
Difahamkan kedatangan mereka adalah bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada warga emas berkenaan sebanyak RM200.
@asnafhunterchannel Respect org lama. Dalam meniti kehidupan. Selagi daya tetap berusaha. @Abbe Hae @Mizan iSejahtera @Cempakamerahii ♬ Senandung Hidup.J.mizan. – Nurazwa
Tonton video penuh [DI SINI]
@asnafhunterchannel Segar dlm ingatan. Ada yg tertinggal hingga saat ini. Tentang kebahagian dan kemanisan hidup yg tercipta@Abbe Hae @Mizan iSejahtera @Cempakamerahii ♬ Mentari Merah Diufuk Timur – Album Version – Search
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum Lihat Ketabahan Warga Emas, Tak Jadikan Kesusahan Sebagai Halangan
Video yang telah mendapat lebih 313,000 perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan tersentuh melihat ketabahan warga emas berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian.
Malah, ada yang mahu pihak berkaitan menghulurkan bantuan kepada keluarga warga emas berkenaan.
Pada masa yang sama, ada yang turut memuji keperibadian serta keadaan rumahnya yang bersih dan kemas walaupin serba kekurangan.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Bersihnya Rumah Dia, Semoga Sihat Selalu Pak Cik & Mak Cik”

“Sebab Itu Tolong Jangan Minta Diskaun Kalau Beli Dengan Peniaga Macam Ini, Mereka Berniaga Untuk Makan Bukan Untuk Tambah Harta”

“Kalau Kita Rasa Susah, Ingatlah Ada Yang Lagi Susah Daripada Kita, Moga Allah Rahmati Pak Cik Sekeluarga”

“Susah-Susah Macam Pak Cik Ini Pun, Rumah Bersih. Ini Hidup Dalam Iman”

“Tapi Rumah Pak Cik Ini Kemas, Bukan Macam Setengah Orang, Dah La Susah, Rumah Pula Bersepah”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas, Enggan Terima Bantuan & Anggap Orang Lain Lebih Memerlukan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jumpa Warga Emas Tepi Jalan, Wanita Luah Syukur Berjodoh Dengan Suami Prihatin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Terpaksa Jual Penutup Subang Demi Baiki Motosikal Undang Sebak [Video]
Source:


![Tular 2 Individu Kutip Parkir Secara Haram Di Kawasan Tempat Letak Kereta Awam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![Boleh Ke Putuskan Hubungan Silaturahim Sebab Jadi Mangsa Khianat? Ini Penjelasan UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
![Ada Yang Rancang Kehamilan Selepas 5 Tahun? Ini Risiko Para Ibu Kena Tahu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)