
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap orang mempunyai cabaran dan ujian tersendiri yang perlu dihadapi dalam kehidupan.
Ada yang diuji dengan wang ringgit, ada juga yang diuji dengan cara lain seperti kesihatan.
Namun, ujian sebegitu sedikitpun tidak mematahkan semangat seseorang untuk meneruskan hidup seperti biasa.
Lelaki Warga Emas Cari Rezeki Dengan Berniaga Air
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki warga emas yang gigih mencari rezeki walaupun diuji dengan ujian besar dalam kehidupan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @hafizuddin052, pengguna berkenaan telah berkunjung ke gerai air milik warga emas itu yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian berkenaan, warga emas yang digelar sebagai pak cik menjelaskan perniagaannya bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.
Lelaki Warga Emas Jaga Isteri Hidap Kencing Manis & Strok
Apa yang menjadi perhatian adalah turut kelihatan seorang wanita yang merupakan isterinya duduk diam di atas sebuah kerusi roda di gerai tersebut.
Jelas pak cik itu, isterinya menghidap penyakit kencing manis dan strok. Malah, kakinya juga turut dipotong dan tidak boleh untuk bercakap.
“Nak makan pun tak boleh, dia pakai tiub,” kongsi pak cik berkenaan.
Difahamkan, isterinya itu mula sakit sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021.
“Saya terima apa dah berlaku. Saya reda dengan kehendak Allah SWT,” katanya.
Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Tak Halang Dukung Isteri Naik Turun Rumah Di Tingkat 4
Bukan hanya isterinya, malah dia juga itu turut menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap lima.
Namun, itu tidak menjadi penghalang buat lelaki warga emas berkenaan. Malah, dia juga tetap kuat mendukung isteri turun naik ke kediaman mereka yang berada di tingkat empat di Meru, Selangor.
Zahir Ucapan Terima Kasih Selepas Dapat Bantuan RM550
Melalui perkongsian berkenaan, pengguna itu telah menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM550 kepada warga emas berkenaan.
Pemberian itu nyata mengejutkan warga emas itu dan kedengaran dia menzahirkan ucapan terima kasih.
@hafizuddin052 Pakcik ni sakit buah pinggang tahap 5, isteri pula strok. Tapi mereka tetap kuat cari rezeki, jual air di pasar. Kalau tak mampu bantu banyak, cukup kongsi video ni. Moga ada yang sudi hulurkan bantuan. Pasar Malam pantai dalam,KL,Hari Sabtu.Jom kita support pakcik ni.#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #viral #viralvideo #bantuan #melayu ♬ original sound – Ustad Jungler
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Kagum & Ada Juga Yang Mahu Hulur Bantuan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat ketabahan dan kegigihan warga emas menjaga isterinya pada masa yang sama tetap mencari rezeki.
Malah, ada juga yang bersimpati dengan pasangan tersebut hingga mahu menghulurkan bantuan.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Ya Allah, Sakit Buah Pinggang Tahap 5, Angkat Isteri Turun Tingkat 4, Besar Ujian Pak Cik Ni”

“Pak Cik Yang Tak Berapa Sihat Pun Kerja, Orang Sekarang Sihat Tubuh Badan Minta Sedekah”

“Semoga Jualan Pak Cik Habis Licin Setiap Hari”

“Tabahnya Pak Cik Ini, Boleh Jaga Isteri Sakit Dengan Baik Walaupun Diri Sendiri Tak Berapa Sihat”

“Semoga Dipermudahkan Urusan Pak Cik Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Keperibadian Warga Emas, Enggan Terima Bantuan & Anggap Orang Lain Lebih Memerlukan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]
Source:



![Wanita Rendam Daging Dalam Baking Soda Hingga Jadi Jelly Undang Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)