
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam bab memasak pasti ramai yang mempunyai pelbagai tips seperti cara simpanan, pemilihan barangan mentah serta banyak lagi.
Malah jika bertanya mengenai cara nak melembutkan daging ada yang mengatakan perlu meletakkan sudu besi sewaktu memasak, memotong daging melawan urat, menggunakan baking soda dan banyak lagi.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada sahaja individu yang mencuba tips berkenaan untuk melihat keberkesanannya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kecam Lelaki Persoal Isteri Tak Masak Kerana Penat Jaga Bayi [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Rindu Cikgu” – Pelajar Gigih Bawa Makanan, Siap Masak Ketika Ziarah Guru Raih Perhatian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mana Satu Yang Sesuai? Ini Panduan Pilih Periuk & Kuali Buat Yang Suka Memasak
Wanita kongsi cuba rendam daging dalam baking soda
Baru-baru ini, seorang pengguna di Thread yang turut tidak ketinggalan untuk mencuba salah satu tip iaitu merendam daging dengan menggunakan baking soda.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna dikenali sebagai Emma Syahira memaklumkan dia ingin berkongsi pengalamannya menggunakan baking soda untuk melembutkan daging.
Terendam daging lama, daging jadi seperti jelly
Namun disebabkan tersilap merendam daging itu terlalu lama, daging itu kemudiannya menjadi jelly dan mempunyai rasa yang tidak enak.
“Dah lama aku simpan aib ni. Tapi hari ni rasa nak kongsi. Perap daging dengan baking soda sebab nak lembutkan daging. Ikut teknik TikTok, tapi terlebih letak dan terlalu lama perap, jadi jelly semua daging aku.
“Dah lah rasa pun pahit, memang buang semua,” jelasnya.
Ramai beri cadangan nak lembutkan daging
Melihat di ruangan komen, ada yang berkongsi tips lain dengan memerapkan daging menggunakan serbuk penaik dalam setengah sudu kecil.
Tidak kurang juga ada memberi saranan untuk merebus daging bersama dengan buah kurma untuk ia lebih manis dan lembut.
Ada juga yang menyangka ia adalah gula-gula kenyal atau gummy bear apabila melihat video yang dikongsikan oleh Emma.
“Rebus dengan buah kurma boleh jadi lembut. Tapi kalau cara potong salah, memang akan liat”

“Masak api slow air banyak isi sudu. Setengah jam dan empuk”

“Sumpah aku ingat kau goreng gummy tadi”

“Cuba baking powder. Guna dalam setengah sudu kecil. Perap sekejap dan percaya pada saya daging sangat lembut. Tiada rasa seperti baking soda”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Letak Garam & Butter” – Minah Saleh Masak Nasi Seperti Pasta, Dakwa Ini Cara Yang Sebenar [Video]

![Ramai Kagum Warga Emas Gigih Cari Rezeki & Jaga Isteri Strok Walau Hidap Sakit Buah Pinggang Tahap 5 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Budak Simpan Duit RM15 Nak Beli Durian Tapi Peniaga Buat Kejutan Belanja Musang King [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)