
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada hujung minggu yang lalu telah berlangsung satu program ‘Lantern Festival’ di Cherating, Pahang.
Selain acara melepaskan tanglung atau lantera, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang dilakukan di sepanjang pantai berkenaan seperti jualan daripada vendor, larian berwarna, bola tampar, tarik tali, petting zoo, pony riding, lukisan wajah, persembahan DJ dan banyak lagi.
Bukan hanya itu, mereka turun meminta para pengunjung yang hadir ke festival tersebut untuk mengikut tema pakaian seperti pakaian pantai pada 13 September dan putih pada 14 September.
Sampah sarap lampu tanglung berkeliaran di kawasan pantai
Namun selepas beberapa hari program ini berlangsung, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan di tepi pantai dan laut yang kotor.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @kamsurf.com di TikTok, kelihatan pantai itu dipenuhi dengan sampah rangka lampu tanglung berkenaan di merata-rata tempat.
Bukan hanya itu terdapat juga sampah lampu tanglung lain yang turut berada di dalam air laut di pergigian pantai.
Selain itu, perakam turut menunjukkan keadaan pantai terbabit yang tidak kemas dan masih mempunyai saki-baki barangan sewaktu program berlangsung.
Dalam video itu, kelihatan perakam mengutip sampah seperti kayu gelung pada lampu tanglung berkenaan dipercayai untuk dibuang.
“Ini adalah harga perkampungan surfer kami perlu bayar untuk satu malam lampu tanglung,” tulisnya di ruangan kapsyen.
This is the price our surfer village has to pay for one fun lantern night…#ocean #oceanx #naturelover #malaysiasurfing#surfingmalaysia
Penganjur tampil beri penjelasan isu sampah sarap di kawasan pantai
Melihat di ruangan komen, salah satu penganjur program berkenaan iaitu Madpro Studios tampil menjelaskan kerja pembersihan akan dilakukan dalam tempoh 48 jam.
“Salam semua, untuk makluman kami telah memaklumkan bahawa kerja-kerja-kerja pembersihan akan dilakukan dalam tempoh 48 jam selepas air pasang. Pihak kami juga akan menyediakan video sebagai bukti bahawa pantai telah dibersihkan sepenuhnya, khususnya sisa sky lantern,” ujarnya.
Seorang pengguna TikTok kemudiannya membalas yang lampu tanglung itu telah mencemarkan alam sekitar kerana termasuk di dalam laut.
Pihak penganjur bagaimanapun menjelaskan lampu yang digunakan adalah 100% biodegradable.

Di ruangan komen perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi apabila ada yang mengatakan sekurang-kurangnya pihak penganjur mempunyai insiatif untuk memastikan kawasan tersebut kembali bersih seperti sedia kala.
Ada juga yang merasakan program seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana membahayakan hidupan laut.
“Tolong jangan ada lagi. Tak tahu berapa banyak yang dah masuk perut ikan dan penyu. Lagi pun bukan budaya kita pun lepas-lepas lantern ni”

“Mencemarkan alam je”

“Sekurang-kurangnya penganjur ada inisiatif untuk bersihkan dan pakai lantern biodegradable”



![Doktor Kongsi 4 Makanan Yang Dapat Bantu Kurangkan Risiko Kanser Kolon [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)


