
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kita sering kali mendengar beberapa kawasan rumah yang dikunjungi oleh haiwan liar seperti ular, monyet, musang dan banyak lagi.
Kebanyakan haiwan ini merupakan binatang yang hidup di dalam hutan namun mungkin ada diantaranya yang sesat sehingga masuk ke kawasan perumahan.
Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, kebiasaannya ramai yang akan menghubungi pihak berkuasa seperti Bomba, Jabatan Perhilitan atau Jabatan Pertahanan Awam untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap haiwan berkenaan dan melepaskannya ke habitat asal.
Wanita kongsi rumah dikunjungi beruang matahari
Terbaharu, seorang wanita turut berkongsi rumahnya dikunjungi oleh seekor haiwan liar sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aishsofiakhan di TikTok, awalnya dia menyedari kehadiran seekor beruang matahari di rumah sekitar jam empat pagi.
Kelihatan beruang berkenaan sedang berkeliaran di hadapan rumah Aish sebelum berjalan di belakang rumah.
Susulan daripada kunjungan si comel itu, mereka kemudian dipercayai menghubungi pihak Bomba untuk tindakan lanjut memandangkan ia adalah haiwan liar yang berbahaya kepada orang awam.
Pindah ke kawasan perumahan tidak berpenghuni sebelum bawa ke habitat asal
Bomba kemudian bertindak memindahkannya ke kawasan perumahan yang belum berpenghuni sebelum melakukan tindakan lanjut.
Kelihatan beruang berkenaan duduk di dalam kawasan pagar sambil melihat keadaaan di sekelilingnya sebelum pihak perhilitan datang ke tempat kejadian.
Tidak lama kemudian kelihatan beruang berkenaan sudah ditidurkan dipercayai bagi memudahkan proses untuk menghantarnya ke habitat asal.
“Bye bear (beruang) jangan pergi rumah manusia tau. Mungkin Allah hantar beruang untuk beri peringatan, peliharalah hutan kita. Jangan rosakkan rumah beruang,” kata Aish dalam video tersebut.
@aishsofiakhan Ada makhluk Allah dtg melawat pg tadi.. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Bear balik ke habitat asal
♬ The Lion Sleeps Tonight – The Tokens
Dalam satu lagi video, Aish turut berkongsi gelagat beruang berkenaan ketika pihak bomba datang untuk mengalihnya ke kawasan lain.
Kemunculan haiwan itu dipercayai berlaku di Pekan, Pahang.
@aishsofiakhan Ada rupanya husben ambik video masa bear berlari2 kat kawasan rumah.. tu suara husben ngan abg bomba.. sis masa ni dlm rumah dok intai kat tingkap😅 #beruangpekantanahputehpekan #beruangnakdtgberaya #pekanpahang #fyp ♬ original sound – aishsofiakhanjama
Ramai teruja dan sedih lihat kemunculan beruang matahari
Melihat di ruangan komen, ada yang teruja melihat kunjungan beruang matahari itu kerana ia merupakan perkara yang jarang dapat dilihat.
Ada juga yang mengatakan Aish beruntung kerana berpeluang melihat haiwan itu pada jarak yang dekat.
Namun tidak kurang juga ada yang bersedih kerana merasakan haiwan itu berkeliaran kerana habitatnya sudah banyak diceroboh.
“Wah beruang matahari, ini pun spesis terancam. Semoga diberikan perlindungan oleh perhilitan”

“Uish beruang matahari lah, untung akak dapat tengok live”

“Kesian mereka kan, kita teroka hutan dan rosakkan habitat mereka”




![Termasuk Jalan Mati, Tular Rakaman CCTV Pencuri Kelisa Berjaya Dicekup [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)