“Ramai Unsubscribe…” Elon Musk Berkempen di X, Dakwa Netflix Promosi LGBT Terhadap Kanak-Kanak

WorldEntertainment
3 Oct 2025 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang di X kecoh berkenaan dengan kempen ‘Cancel Netflix’ oleh usahawan terkemuka, Elon Musk, yang mendakwa saluran penstriman terkemuka, Netflix, membawa pengaruh negatif terhadap kanak-kanak.

image is not available

Dalam hantarannya di X, dia menyatakan, “Cancel Netflix for the health of your kids” yang seolah-olah mendorong orang ramai untuk memulakan tindakan yang sama. Dalam dakwaannya itu, dia menyatakan siri animasi yang disiarkan bertajuk ‘Dead End : Paranormal Park”, menampilkan watak transgender.

Dalam sedutan siri itu, salah satu watak utama dengan jelas meluahkan rasa gembiranya menjadi seorang transgender, dan sisi hidupnya itu turut diketahui semua termasuk rakan di sekolah dan keluarga.

Selain itu, drama bersiri “The Baby-Sitters Club” yang disiarkan di Netflix turut disebut pengguna di X yang didakwa mengetengahkan elemen LGBT. Ia turut direpost oleh Elon dengan status ‘Cancel Netflix’.

image is not available

Kempennya itu turut disokong oleh pelbagai dakwaan sampingan mengaitkan Pengarah Animasi Netlix, Hamish Steele, yang dikatakan meraikan pembunuhan Charlie Kirk. Susulan kempen ini, muncul pula dakwaan-dakwaan lain yang turut menyebut Netflix sebagai ‘racist’ , dan diskriminasi terhadap orang kulit putih.

Menurut laporan The Economy Times, Netlix telah kerugian sehingga $17 billion ringgit dalam tempoh 3 hari susulan kempen boikot saluran penstriman ini yang kian hangat di media sosial.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.