Rancangan penswastaan Yinson masih belum dimuktamadkan, 5.3 juta saham dipulangkan kepada KWSP

LocalBusiness & Finance
4 Nov 2026 • 12:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rancangan penswastaan Yinson masih belum dimuktamadkan, 5.3 juta saham dipulangkan kepada KWSP Image from: Rancangan penswastaan Yinson masih belum dimuktamadkan, 5.3 juta saham dipulangkan kepada KWSP sarah04/11/2026 - 12:05 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Nov - Rancangan untuk menjadikan Yinson Holdings Bhd sebagai syarikat persendirian masih belum dimuktamadkan, ketika hampir 5.3 juta saham syarikat itu yang sebelum ini dipinjamkan telah dikembalikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Menurut pengumuman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, sebanyak 5.296 juta saham Yinson dipulangkan kepada KWSP pada 3 November 2026 melalui urusan yang dikendalikan oleh pihak ketiga.

 

Pemulangan itu bukan pembelian saham baharu, sebaliknya melibatkan saham milik KWSP yang sebelum ini dipinjamkan kepada pihak lain.

 

Makluman AmInvestment Bank Bhd turut menunjukkan pemulangan saham lain kepada KWSP, termasuk 848,900 saham pada 29 Oktober, 305,200 saham pada 9 Oktober dan 581,900 saham pada 14 September.

 

Sebelum ini, DagangNews.com melaporkan MISC Bhd sedang berbincang dengan Yinson Legacy Sdn Bhd dan KWSP mengenai cadangan mengambil alih Yinson pada harga awal RM2.35 sesaham.

 

Rancangan itu bertujuan menjadikan Yinson sebuah syarikat persendirian, sekali gus membolehkan sahamnya dikeluarkan daripada senarai Bursa Malaysia sekiranya mendapat persetujuan dan kelulusan yang diperlukan.

 

Bagaimanapun, harga tawaran dan syarat pengambilalihan masih dalam perbincangan, dengan tiada keputusan muktamad diumumkan setakat ini.

 

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum ini memberikan tempoh tambahan sehingga 30 November 2026 kepada pihak yang terlibat untuk mengumumkan keputusan mereka mengenai cadangan tersebut.

 

Pengumuman terbaharu AmInvestment Bank hanya memperincikan pemulangan dan pinjaman saham Yinson, tanpa menyatakan sebarang perubahan terhadap rancangan penswastaan atau harga tawaran yang sedang dibincangkan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved