“Rasa Macam Kena Marah..” – Peminat BASS Terharu Lihat Syed Saddiq Pertahan Bella Astillah Di Majlis Sanding

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 9:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil mempertahankan isterinya, Bella Astillah daripada kecaman netizen ketika menyampaikan ucapan pada majlis resepsi perkahwinan mereka di MITEC, semalam.

Menurut Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, terdapat segelintir netizen yang mendakwa mereka tidak sekufu serta menyifatkan Bella bertuah kerana berkahwin dengannya.

Advertisement

“Bella Sudah Mula Berdikari Sejak Usia Tujuh Tahun”

Syed Saddiq berkata, ramai mungkin tidak mengetahui perjalanan hidup Bella yang sudah mula mencari pendapatan untuk membantu keluarganya sejak kecil.

“Saya lihat ada yang melontarkan komen dalam sosial media. Kata mereka, Bella beruntung kerana mendapat lelaki seperti saya. Syed Saddiq lelaki ‘green forest’. Ada yang sanggup berkata bahawa kami tidak sekufu.”

“Saya mahu mempertahankan isteri saya malam ini (semalam). Mungkin kalian tidak tahu, Bella seawal usia lima tahun sudah menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM. Dan daripada bakat dan persembahannya, dia berjaya membawa keluarga berpindah dari Sabah ke Kuala Lumpur ketika berusia tujuh tahun.

Akui Bella Ibu Yang Luar Biasa

Tambahnya, meskipun dirinya berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti terbaik, Bella pula sudah memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu ketika itu.

“Nak cakap soal pendidikan, ya memang saya dapat tawaran di universiti terbaik. Dapat lanjutkan pelajaran ke menara gading. Tetapi ketika saya berada di menara gading, Bella sudah bergelar seorang ibu. Ibu yang begitu luar biasa mendidik dua orang anaknya. Itu adalah sumbangan Bella yang luar biasa,” katanya.

Syed Saddiq turut menegaskan bahawa jika soal sekufu mahu dibincangkan, dirinya merasakan dia sendiri tidak layak untuk dibandingkan dengan Bella.

“Kalau nak bicarakan soal sekufu, saya yang tak layak untuk berdiri di sebelah Bella. She is the ultimate green forest, she is the ultimate mother. I am privileged to call her my wonderful wife,” ujarnya.

Bella yang berdiri di sebelah suaminya sambil memimpin tangan Syed Saddiq dilihat sebak dan mengesat air mata ketika mendengar ucapan tersebut.

Ucapan berkenaan turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

Bella Terharu Suami Pertahankan Dirinya

Dalam pada itu, Bella berkata dia terkejut dan tidak mengetahui suaminya akan menyampaikan ucapan berkenaan.

View this post on Instagram

“Sebenarnya saya terkejut kerana tidak tahu suami akan membuat ucapan tersebut. Saya sangat terharu dan lega bila ada orang yang sayang saya dan anak-anak dengan ikhlas dan mempertahankan saya.

“Saya tak pernah terfikir ataupun meminta suami untuk keluarkan kenyataan kerana bagi saya ini adalah lumrah sebagai seorang selebriti. Apa sahaja yang dilakukan akan diperhatikan.”

Bella berkata, dia sangat terharu apabila Syed Saddiq memilih untuk mempertahankannya di hadapan ribuan tetamu.

“Tetapi bila dia memberikan ucapan tersebut di hadapan 3,000 tetamu, saya sangat terharu. Saya faham dia sebenarnya tak mahu saya rasa sedih,” kongsinya.

“Saya Tidak Selamatkan Bella, Bella Selamatkan Diri Sendiri”

Sementara itu, Syed Saddiq menegaskan dirinya bukanlah penyelamat hidup Bella, sebaliknya menyifatkan isterinya itu sebagai wanita yang berjaya menyelamatkan dirinya sendiri.

“Kenyataan bahawa Bella perlukan penyelamat adalah tidak benar. Saya tidak selamatkan Bella. Bella selamatkan diri sendiri. Dia seorang yang kuat dan berdikari, tanpa saya pun, dia berjaya bahagiakan dua anaknya — berikan pendidikan yang terbaik. Saya cumalah pelengkap hidupnya,” katanya.

3,000 Tetamu Hadir Majlis Resepsi

Majlis resepsi pertama pasangan berkenaan berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu termasuk ahli politik, atlet negara, selebriti serta ahli keluarga.

Turut mencuri perhatian ialah persembahan istimewa daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kawan sekolah kongsi sikap mesra Bella Astillah2026-10-18 15:10:23

“Bella Selalu Senyum & Tegur Bila Terserempak” – Rakan Sekolah Terharu Bella Astillah Masih Ingat Walau Lama Tak Jumpa

The post “Rasa Macam Kena Marah..” – Peminat BASS Terharu Lihat Syed Saddiq Pertahan Bella Astillah Di Majlis Sanding first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved